KUALA LUMPUR: Jabatan Metreologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai taufan Doksuri yang berada di kedudukan 1,424 kilometer (km) ke timur laut Sandakan, Sabah.
Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan taufan itu kini berada di kedudukan kira-kira 340km ke timur laut Pulau Samar, Filipina.
Kenyataan sama turut memaklumkan berdasarkan pencerapan pada 5 pagi, taufan tersebut bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 15km/j dan kelajuan angin boleh mencapai maksimum 130km/j.
MetMalaysia bagaimanapun berkata, taufan Doksuri tidak menimbulkam sebarang ancaman besar kepada Malaysia.
Sumber: BERNAMA