Ada banyak perkara yang boleh memberi inspirasi kepada kita semua tentang permulaan Tahun Baru. Bagi kebanyakan dari kita, ia memberi kita satu lagi peluang untuk mencapai matlamat, harapan serta impian peribadi kita.
Untuk mahu bermula dengan tepat, mungkin boleh ikuti beberapa tips yang boleh bantu kita mengubah gaya hidup ke arah yang lebih baik ketika memasuki tahun baru. Jom sama-sama kita cek!
1. Utamakan kesihatan mental
Bermula dengan menjaga kesihatan mental sebaiknya. Kesihatan mental seseorang boleh menjadi part penting dalam cara seseorang untuk berfikir, bertindak sekali gus berkembang.
2. Tulis jurnal setiap pagi & petang atau malam
Sesuai dibuat ketika kita baru bangun dari tidur, iaitu awal pagi dan tepat sebelum kita masuk tidur pada waktu malam. Walaupun kita tiada idea apa yang mahu dikatakan dalam tulisan, ia tetap memberi manfaat kepada kesihatan mental ke arah lebih positif. Boleh dilakukan secara fizikal perkataan dan fikiran kita dalam buku atau kita blog sendiri. Lagi best kalau tulis dalam buku, tangan sekali ikut training menulis.
3. Menyusun atau mengemas barang peribadi
Contohnya, ia boleh sama ada membersihkan almari, atau menderma barang yang sudah tidak kita guna tapi masih berada dalam kondisi yang bagus. Percayalah, ia boleh bantu kita meningkatkan kesihatan mental dengan lebih baik daripada jangkaan kita.
4. Refleksi atau perbaiki masa tidur
Cuba tidur lebih awal sikit dalam jam 9.30 malam atau jam 10 malam dan lakukan meditasi pada waktu pagi sebelum memulakan hari kita. Banyak contoh video meditasi yang boleh kita buat, boleh cek Youtube atau TikTok.
5. Hadkan masa dengan media sosial
Walapun media sosial boleh menjadi platform positif untuk kekal berhubung dengan saudara mara, kawan-kawan dengan melihat update kehidupan yang lebih menarik, ia juga boleh mempengaruhi harga diri, keyakinan diri dan sayang diri. Pengurangan masa dengan sosial media akan beri kita inspirasi untuk lebih fokus kepada diri sendiri untuk ke arah yang lebih baik dan untuk terus maju ke hadapan.
6. Lakukan atau cipta hobi dan aktiviti baru
Ini adalah masa yang sesuai untuk kita melaburkan masa ke dalam dunia hobi baru seperti seni, muzik, fotografi, memasak, make up, travel dan banyak lagi. Akan menjadi satu kebanggan kepada diri sendiri apabila kita mencuba aktiviti sekali gus membantu meningkatkan kesihatan mental.
7. Buat planning atau jadual kerja
Tetapkan jadual harian termasuk jadual kerja untuk kamu yang bekerja sendiri. Percayalah, ia boleh bantu kita untuk lebih disiplin kepada diri sendiri dengan apa saja perkara dan aktiviti yang dilakukan. Ingat, manfaatkan 24 jam setiap hari itu dengan sebaiknya demi kepentingan kesihatan mental dan fizikla kita.
Nah, itulah antara tips menjalani kehidupan yang lebih baik yang dapat admin kongsikan setakat ini. Semoga bermanfaat!
Happy New year!!!