KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan membuat keputusan dan prosedur operasi standard (SOP) terhadap pelancong China yang ingin melawat negeri itu.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan itu akan dibuat pada Mesyuarat Kabinet negeri esok (Rabu).
“Esok kita akan mengadakan mesyuarat Kabinet negeri dan akan menetapkan keputusan atau SOP penerimaan pelancong dari China.
“Apa-apa keputusan atau SOP, esok baru saya boleh komen,” katanya ketika ditemui media selepas menyerahkan Bantuan Wanh Ihsan Bencana Alam kepada penduduk di Kampung Tanjung Aru Baru Kota Kinabalu pada Selasa.
Sebelum ini, dilaporkan terdapat dua varian Covid-19 utama dalam penularan penyakit itu di China, iaitu BA.5.2 dan BF.7 telah dikesan di Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kedua-dua varian itu dikesan dalam 80% kew Covid-19 di China.
Katanya, setakat 31 Disember lalu, sebanyak 4,148 kes positif melibatkan BA.5.2 dan 3 kes melibatkan BF.7. di Malaysia.