TAWAU: Polis menahan seorang wanita tempatan selepas disyaki mengugut untuk mencederakan isteri kepada seorang individu melalui mesej aplikasi WhatsApp, 2 Januari tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, tangkapan dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Tawau kira-kira jam 2.45 petang di hadapan sebuah rumah di Kampung Hidayat, Batu 4, Jalan Apas.
“Siasatan awal mendapati suspek menghantar mesej berunsur ugutan akan mencederakan mangsa,” katanya.
Menurut beliau, susulan tangkapan itu, pihak polis turut merampas sebuah telefon bimbit berjenama yang dipercayai digunakan untuk menghantar ugutan tersebut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah secara komunikasi tidak langsung.
