Virus Nipah berpotensi menjadi pandemik besar seterusnya

Read Time1 Minute, 49 Second

Selama 22 tahun terakhir, wabak virus Nipah, iaitu satu lagi penyakit berjangkit yang baru muncul telah menimbulkan kerisauan kepada pakar ahli virus dan pihak berkuasa kesihatan antarabangsa.

Mengutip Al Arabiya, virus Nipah atau NiV ini diketahui pada tahun 1999 ketika ianya berlaku di antara penternak babi di Malaysia. Kemudian, beberapa tahun berikutnya, virus tersebut dilaporkan ada di sleuruh negara Asia.

Kini, setelah virus itu merebak di China dengan tahap kematian hingga 75%, virus ini berpotensi menjadi pandemik besar yang seterusnya.

Pengarah Eksekutif Access to Medicine Foundation di Belanda, Jayasree K Iyer mengatakan bahawa penyakit berjangkit NiV ini menimbulkan kerisauan besar.

“Nipah boleh merebak pada bila-bila masa saja. Pandemik berikutnya boleh jadi jangkitan yang kebal terhadap ubat.” Ujarnya.

Kali terakhir wabak ini terjadi di Bangladesh dan India. NiV menular secara langsung sesama manusia melalui kontak rapat.

Pada tahun 2001 di Siliguri, India, penularan virus ini juga dilaporkan berlaku di antara para petugas kesihatan, yang mana 75% kesnya terjadi di antara staff kesihatan atau para pengunjung.

Dari 2001-2008, lebih kurang separuh dari kes yang dilaporkan di Bangladesh adalah disebabkan oleh penularan atau jangkitan sesama manusia melalui rawatan kepada pesakit yang dijangkiti.

Wabak ini terjadi terakhir kali di Kerala, negara bahagian selatan India pada 2018 yang telah membunuh 17 orang. Ketika itu, beberapa negara termasuk Arab Saudi melarang kemasukan makanan beku, buah dan sayur yang diimport dari Kerala bagi sementara waktu akibat wabak NiV tersebut.

Pihak kesihatan meyakini bahawa penyebab wabak ini dimungkinkan oleh orang-orang yang meminum jus kurma mentah yang tercemar oleh urin atau air liur kelawar buah yang terjangkiti.

Gejala umum pesakit virs Nipah ini, ditularkan dari haiwan, virus ditemukan dari makanan yang tercemar dan orang yang pernah terjangkiti virus Nipah, boleh menjangkiti orang lain.

Menurut Wolrd Health Organization (WHO) NiV boleh menyebabkan pelbagai penyakit bermula dari jangkitan asimptomatik hinggalah ke penyakit jangkitan saluran peranfasan dan radang otak.

Mereka yang terjangkiti akan mengalami beberapa gejala seperti demam, sakit kepala, sakit otot, muntah, pening dan sakit tekak.

Beberapa indivdu juga akan alami pneumonia atipikal dan beberapa masalah pernafasan yang kronik.

Apabila kes yang sangat kritikal, orang yang terjangkiti akan alami kejang yang menyebabkan koma dalam masa 24-48 jam.

Sumber : Kompas

0 0

About Post Author

MissBambangan

suka menulis
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleppy
Sleppy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

MissBambangan

suka menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *