Virus Ebola kembali jadi Epidemik, kini catat 7 kes dan 3 kematian di Guinea

Read Time52 Second

Ketua jabatan kesihatan Guinea, Sakoba Keita, pada Ahad lalu (14 Jan) berkata negaranya kini berada dalam epidemik ebola dengan 7 kes yang telah disahkan.

Selain itu, negara di Afrika Barat tersebut juga mencatatkan tiga kes kematin akibat ebola.

Kes-kes tersebut memberi tanda kemunculan virus yang menjadi epidemik di Afrika Barat ini sejak tahun 2013 hingga 2016.

Wabak ebola ketika itu bermula di Guinea dan menyebabkan kematian lebih dari 11,000 di seluruh kawasan sekitarnya.

Wakil dari World Health Organization (WHO) berkata akan segera mengirimkan bantuan.

Sakoba berkata, satu kes kematian akibat ebola pada akhir Januari lalu di Gouecke, berdekatan dengan sempadan LIberia.

Jenazah tersebut dikebumikan pada 1 Februari, dan beberapa orang yang hadir ke acara pengebumian tersebut alami gejala muntah, pendarahan dan demam beberapa hari kemudian.

Sampel pertama yang diuji oleh lab dari Uni Eropah di Gueckedou pada Jumaat lalu (12 Jan), mendapati beberapa orang yang alami gejala tersebut kini dikesan mempunyai virus ebola.

Dengan jumlah 7 kes dan 3 kematian, Guinea kini dikategorikan berada dalam epidemik ebola.

Sumber: KOMPAS, BBC

0 0

About Post Author

MissBambangan

suka menulis
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleppy
Sleppy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

MissBambangan

suka menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *