STRESS penyebab gangguan kesuburan pada wanita, Mengapa?

Read Time2 Minute, 21 Second

Pelbagai kegiatan yang dilalukan rupanya dapat meningkatkan risiko tekanan atau stress pada wanita. Stress adalah tindak balas tubuh ketika seseorang mengalami stress atau perubahan situasi. Tidak hanya itu, stress juga boleh berlaku kerana situasi yang menyebabkan emosi tertentu. Stress yang tidak diatasi dengan betul akan mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan. Dimulai dari gangguan sistem pencernaan, sistem pernafasan hinggalah ke gangguan jantung dan banyak lagi.

Stress yang tidak diatasi dengan betul akan menjurus kepada risiko gangguan kesuburan jika ia seorang wanita. Pada wanita, stress yang berpanjangan akan menyebabkan gangguan kitaran haid. Hal inilah yang sebenarnya mendorong gangguan kesuburan pada wanita.

Memetik dari BabyCenter, jika seseorang berada dalam keadaan stress ia akan mempengaruhi fungsi dari salah satu kelenjar dalam otak yang dikenali sebagai hipotalamus. Kelenjar ini berfungsi untuk mengawal nafsu makan dan juga emosi seseorang. Selain itu, hipotalamus juga mempengaruhi hormon yang memberi tanda pada ovari untuk melepaskan sel telur.

Ketika anda sedang mengalami tekanan, gangguan hipotalamus juga menyebabkan tubuh alami gangguan ovulasi. Hal inilah akan menyebabkan wanita yang memiliki tahap tekanan tinggi lebih sukar untuk mengandung.

Hal sama juga dikatakan oleh Sarah L Berga, MD, seorang pakar kemandulan dan wakil ketua kesihatan wanita di Wake Forest Baptist Medical Center di Winston-Salem North Carolina. Menurut Sarah, hormon stress boleh menyebabkan gangguan tanda antara otak dan ovari. Keadaan ini boleh menyebabkan gangguan ovulasi.

Selain itu, menurut Alice Domar, PhD, seorang Director Domar Center of Mind/Body Health, wanita yang mengalami stress akan lebih jarang melakukan hubungan intim dengan pasangan dan menyebabkan kesukaran untuk mengandung. Tidak hanya itu, stress juga akan menyebabkan gaya hidup kurang sihat seperti akan berlaku pengambilan alkohol dan merokok. Dua hal ini jelas boleh mempengaruhi kesuburan wanita.

Jika anda berada dalam keadaan yang banyak tertekan, lakukan beberapa tips popular ini untuk menguranginya:

1. Bersenam

Lakukan rutin senaman yang ringan setiap hari. Senaman seperti berjalan kaki atau berbasikal di sekitar halaman rumah didapati antara cara efektif untuk mengurangkan stress. Selain itu, ia juga membantu anda untuk menurunkan berat badan. Untuk pengetahuan umum para wanita juga, obesiti boleh menyebabkan tubuh menghasilkan lebih banyak estrogen. Estrogen merupakan salah satu hormon yang akan mempengaruhi proses ovulasi.

2. Habiskan banyak masa bersama pasangan

Anda boleh atasi stress dengan habiskan masa bersama pasangan. Mengapa? Kerana anda akan miliki waktu yang berkualiti bersama pasangan. Anda juga boleh gunakan masa ini untuk lakukan pelbagai perkara yamg menyenangkan. Selain mampu mengurangkan stress, kualiti masa bersama pasangan juga akan mampu mengeratkan lagi hubungan anda dengan pasangan.

3. Pengambilan makanan sihat

Ketika anda sedang alami stress, kadangkala anda akan inginkan pelbagai makanan tidak sihat untuk disantap. Sebaiknya anda perlu kawal keinginan yang biasa ini. Mulakan dengan mengambil makanan sihat. Anda boleh mengambil makanan sihat seperti alpukat, sayur-sayuran, ikan, kacang dan buah-buahan.

Demikian antara carq efektif yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan stress sekaligus mengatasi gamgguan kesuburan.

Sumber: halodoc

0 0

About Post Author

MissBambangan

suka menulis
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleppy
Sleppy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

MissBambangan

suka menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *