Sering bercakap sendiri (bermonolog), apakah ia tanda penyakit mental?

Read Time2 Minute, 24 Second

Pastinya kita semua pernah hidup dalam dunia bising juga pernah bergelut dalam kesunyian bukan? Tidak kira tinggal bersendirian atau bersama orang lain yang masing-masing leka dengan hal sendiri. Lebih-lebih lagi di era dunia digital kini.

Bila kita berada dalam keadaan kesunyian atau kesepian, tidak mustahil pasti akan mula bermonolog. Tidak hanya dalam diri atau fikiran bahkan bercakap sendiri dengan nada yamg kuat.

Paloma Mari Beffa, dari Universiti Bogor, menyatakan bahawa bermonolog sebenarnya adalah sangat sihat, dimana ia dapat membantu seseorang mengawal diri. Semasa bercakap dengan nada yang kuat sebenarnya boleh menjadi tanda fungsi kognitif yang tinggi dan bukannya penyakit mental.

Kita sebenarnya bercakap dengan diri sendiri secara senyap sepanjang masa. Ini selalunya akan melibatkan orang lain tapi pemikiran sendiri yang akan memberi sesuatu jawapan.

Perbualan dalaman ini sangat sihat kerana ia mempunyai peranan khusus dalam menjaga pemikiran kita. Ia akan membantu kita menyusun pemikiran, ramcang tindakan menggabungkan dan memodulasi emosi. Dalam erti kata lain, ia membantu kita mengawal diri.

Bercakap dengan nada yang kuat juga boleh menjadi lanjutan daripada bercakap secara senyap disebabkan oleh suatu arahan motor tertentu bertindak balas secara tidak sengaja.

Terdapat juga beberapa jenis monolog yang akan membuatkan kita lebih bijak dan rasa lebih baik. Berikut antaranya:

1. Pujian (Complimentary)

Kenapa mesti menunggu untuk dapat pujian dari orang lain? Sekiranya kita layak, berikan pujian kepada diri sendiri. Selain itu, kebanyakan orang tidak mempunyai tanggapan lain mengenai tindakan kecil yang kita lakukan terhadap diri ke arah yang lebih baik.

2. Bermotivasi (Motivational)

Kita mungkin tidak suka melakukan sesuatu yang membosankan atau tugasan yang sulit. Hidup bersama orang lain dan mereka akan memberikan teguran sebagai peringatan untuk bersihkan keadaan yang tidak terurus atau cenderung kepada tugasan yang sulit itu. Tetapi kita boleh memotivasikan diri sendiri untuk melakukannya dengan nada suara yang lebih ramah, lembut dan baik.

3. Dialog luar (Outer dialogue)

Mempunyai masalah dalam membuat keputusan? Patut tunggu atau pergi? Bercakap atau berdiam diri? Beli ini atau itu? Pilihan memang tidak mudah, kerana ianya begitu sukar hingga kita sering tidak membuat pilihan. Ini kerana, kita bertindak balas daripada kebiasaan atau kebimbangan. Walau bagaimanapun, lebih berkesan untuk membuat dialog dengan diri kita agar kita dapat mendengar apa yang kita fikirkan.

4. Penetapan matlamat (Goal-setting)

Sekiranya kita cuba menjadi lebih teratur supaya cuti nampak cantik. Tetapkan matlamat dan buat perancangan, iaitu apa yang perlu dilakukan, bila ianya dilakukan, bagaimana untuk melakukannya boleh menjadi pertolongan besar terhadap diri sendiri.

Sudah pasti, kita boleh membuat senarai, tetapi dengan mengatakannya melalui nada yang kuat  kita boleh lebih fokus kepada perhatian  memperkuat mesej mengawal emosi hilang atau yang menimbulkan gangguan.

Oleh itu, tidak kira anda hidup bersendirian atau tinggal dengan orang lain, kita sentiasa hidup dengan diri sendiri. Jadi  jangan tinggalkan diri kita. Bercakap, berbual, berkomunikasi secara hormat dengan diri kita. Ramai yamg menyangka ianya adalah tanda kegilaan padahal adalah satu tanda kesihatan diri kita yang baik.

Sumber: Dailymail, PsychCentral

0 0

About Post Author

MissBambangan

suka menulis
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleppy
Sleppy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

MissBambangan

suka menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *