Sabah antara 5 negeri catat kes harian Covid-19 tertinggi hari ini

Read Time51 Second

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 3,027 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini. Ini merupakan kes harian Covid-19 yang tertinggi di Malaysia setakat ini. 3,021 kes merupakan kes tempatan, manakala 6 kes lagi adalah kes import. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 dalam negara ialah, 128,465 kes.

Daripada 3,021 kes tempatan hari ini, lebih separuh, iaitu 52.2% atau 1,577 kes adalah warganegara. Manakala 1,444 pula adalah kes bukan warganegara.

5 negeri yang menjadi penyumbang kepada kes tertinggi, iaitu Johor (1,103 kes) diikuti Selangor (706 kes), Sabah (493 kes), Kuala Lumpur (316 kes) dan Pulau Pinang (111 kes).

Kes tertinggi sebelum ini adalah 2,593 kes.

Jumlah kes aktif Covid-19 adalah 25,221 kes. Jumlah kes sembuh harian pula adalah 2,145 dan ini turut menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah sebanyak 102,723 kes.

Hari ini KKM turut memaklumkan bahawa terdapat 8 kematian akibat Covid-19. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat ini adalah 521 kes.

Sumber: KKM

0 0

About Post Author

MissBambangan

suka menulis
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleppy
Sleppy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

MissBambangan

suka menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *