Pengarah bertegas Cuties tidak mengeksploitasi seksual kanak-kanak

Read Time2 Minute, 17 Second

Pengarah dan penulis skrip bagi filem Cuties, iaitu Maimouna Doucoure menegaskan bahawa filem beliau tidak mengeskploitasi seksual kanak-kanak seperti yang didakwa oleh beberapa pihak. Menurutnya filem ini adalah ulasan mengenai keadaan sosial semasa demi perubahan untuk menjadi yang lebih baik.

“Saya melihat ramai gadis muda sekitar saya yang alami masalah ini.” Ujar Doucoure ketika menjadi panel di Toronto International Filem Festival.

Oleh kerana melihat masalah tersebut, maka lahirlah idea beliau dalam memutuskan untuk membuat filem ini bagi tujuan melindungi kanak-kanak.

Filem Cuties yang mengisahkan tentang pergaulan batin seorang gadis berusia 11 tahun bernama Amy. Ia baru sahaja tiba di kawasan kumuh Paris, Perancis dari kampung halamannya di Senegal.

Sementara menunggu ayahnya tiba Amy mulai menyesuaikan diri dengan persekitaran baru namun ia masih tetap taat dan patuh akan ajaran Islam dan tradisi keluarganya.

Dalam pada itu, Amy malah mendapat pelbagai tamparan masalah. Dimulai dengan ayahnya yang berkahwin kembali, hingga menyebabkan ibunya tekanan, takut disalahkan kerana dianggap tidak pandai mengurus anak dan merasa gagal sebagai seorang isteri dan juga ibu.

Ditengah-tengah kemelut tersebut, Amy pula menemukan satu kumpulan penari yang sebaya dengannya dan Amy melihat mereka bebas dalam menjalani kehidupan. Salah seorang daripada kumpulan tersebut merupakan jirannya, Angelica dan ia pun tertarik untuk bergabung.

Sejak ditayangkan di Netflix pada 9 September lalu, filem ini menjadi satu kontorversi di Amerika Syarikat. Netizen menilai filem ini tidak layak ditayangkan kerana terdapat beberapa scene yang bagi mereka kuat unsur eksploitasi seksualnya kepada kanak-kanak.

Salah satu scene yang dianggap paling tidak layak ketika Cuties muncul dalam satu acara dimana mereka menari menggunakan pakaian ketat yang terbuka dan menampilkan koreografi eksotik, seperti twerking.

Memetik kenyataan The Hollywood Reporter, Doucoure berkata bahawa “Filem ini sangat berani dan feminis. Penting untuk diperdebatkan dan cuba temukan penyelesaian. Bagi saya sebagai seniman, untuk ahli politik dan ibu bapa masalah ini benar-benar berlaku.”

Doucoure menghasilkan filem ini setelah menyaksikan sebuah fenomena. Kemudian ia melakukan kajian, bertemu ratusan pra remaja untuk ketahui kisah mereka, pandangan mereka terhadap feminis dan bagaimana membentuk citra di media sosial.

Ia mengaku terkejut ketika mengetahui bahawa jumlah like dan follower di media sosial adalah penting bagi mereka.

Menurutnya, pra remaja ini melihat bahawa semakin perempuan tampil secara seksual akan merasa semakin berjaya di media sosial. Maka, yang lain juga turut mengikutinya.

Sementara itu, Senator dari Parti Republik, Ted Cruz meminta Kementerian Kehakiman Amerika Syarikat untuk menyiasat Cuties yang menjadi pencetus kontroversi kerana dianggap mengeksploitasi seksual kanak-kanak.

Cruz menyatakan hal tersebut melalui laman twitter miliknya pada hujung minggu lalu.

Cruz turut memuat naik salinan surat yang ditujukan kepada William P. Barr. Ia melihat dan menilai beberapa scene filem ini bahaya dan boleh menjurus kepada kekerasan seksual dan risau scene ini akan ditiru oleh pedofilia.

Sumber: CNN, The Hollywood Reporter

0 0

About Post Author

MissBambangan

suka menulis
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleppy
Sleppy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

MissBambangan

suka menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *