Pengambilan tiram bantu mencegah anemia

Read Time1 Minute, 51 Second

Pengeluaran sel darah merah yang mengalami penurunan umumnya terjadi kerana kurangnya pemgambilan zat besi. Keadaan ini menyebabkan tubuh tidak mampu menghasilkan hemoglobin dalam jumlah yang diperlukan. Hemoglobin sendiri merupakan zat yang terdapat di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh.

Salah satu akibat dari kurangnya zat besi dalam tubuh adalah, tubuh akan menjadi mudah penat dan lemas, yang menjadi gejala utama dari anemia. Ini bermaksud anda perlu mencukupi keperluan zat besi harian. Salah satu caranya adalah melalui makanan.

Perlu diketahui umum bahawa terdapat dua bentuk zat besi yang diserap tubuh melalui makanan yang anda makan, iaitu:

1. Non-heme, zat besi ini banyak ditemui dalam sumber bahan makanan nabati, seperti sayur berdaun hijau, kentang, biji-bijian dan kekacang.

2. Heme, zat besi ini berasal dari hemoglobin dan banyak ditemui dalam sumber makanan haiwan, seperti daging merah, unggas juga ikan.

Jika dibandingkan zat besi, jenis heme lebih mudah diserap oleh tubuh. Proses penyerapan ini pun dikira lebih mudah apabila anda memakan makanan sumber zat besi bersama-sama dengan vitamin C yang banyak terkandung dalam buah dan sayuran seperti mangga, jeruk atau brokoli.

Beberapa makanan hasil laut yang mempunyai zat besi tinggi, salah satunya adalah tiram. Makanan ini memiliki kandungan mineral dan protein esensial yang begitu tinggi. Tidak hanya itu, tiram juga tinggi kandungan zinc, selenium, vitamin B12, tembaga dan sodium tetapi rendah lemak.

Sumber zat besi dari makanan jenis haiwan, seperti tiram lebih mudah diserap kerana ianya termasuk zat besi jenis heme. Kandungan zat besi pada tiram yang tinggi disebut mampu mencegah berlakunya anemia defisiensi zat besi. Sementara, kandungan vitamin B12 dalam makanan ini membantu mengurangkan risiko berlakunya anemia makrositik.

Tiram turut memiliki fungsi seperti menyokong kesihatan jantung. Makanan laut adalah pilihan yang sihat untuk jantung. Tiram bahkan mengandungi kalium yang membantu menurunkan tekanan darah.

Selain itu, tiram turut membantu dalam meningkatkan sistem imunisasi. Tiram memiliki kandungan zinc yang tinggi, yang memainkan peranan penting dalam kekebalan tubuh dan telah terbukti boleh membantu meringankan selesma.

Menurunkan risiko berlakunya osteoporosis juga membantu mengawal berat badan sihat. Tiram yang merupakan makanan sumber protein dan rendah lemak dan biasa menjadi hidangan sajian utama. Ia membantu memberikan rasa kenyang dan menghindari kita untuk mengambil makanan yang mempunyai kalori tinggi.

Sumber: halodoc

0 0

About Post Author

MissBambangan

suka menulis
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleppy
Sleppy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

MissBambangan

suka menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *