Pembantu Tadbir KKM, korban kematian ke-35 akibat COVID-19.
Dukacita dimaklumkan terdapat satu lagi kematian di negara kita yang berlaku pada hari ini.
Kes kematian ke-35 ini merupakan kes ke-1952, seorang wanita tempatan berusia 57 tahun. Mangsa juga merupakan Pembantu Tadbir, Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Mangsa mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia. Mulai menunjukkan gejala 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada 17 Mac dan kemudian dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sg Buloh.
Hasil ujian pengesahan COVID-19 telah didapati positif pada 18 Mac lalu. Kesihatannya merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada jam 4 petang hari ini.
Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan Malaysia memberikan salam takziahnya kepada waris korban dalam satu posting di akaun Facebook milik beliau. Beliau juga menyatakan bahawa pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan buat KKM.
Sumber: KKM, Dr Adham Baba