Pelajari bahasa tubuh kucing anda

Read Time4 Minute, 0 Second

Pernah terfikir atau tertanya apa yang sedang difikirkan oleh kucing anda? Jika anda seorang pencinta kucing yang sedang berusaha ingin tahu, anda perlu memahami bahasa tubuh mereka, kerana ini mungkin boleh mengungkapkannya.

Kucing menggunakan pelbagai bahasa non-verbal seperti postur tubuh, ekspresi wajah  serta vokal untuk menyampaikan pesan mereka dan mengelak konfrontasi yang tidak diinginkan. Dengan mempelajari cara memahami bahasa tubuh kucing ini anda sebagai pemilik kucing pun dapat menguatkan lagi ikatan kasih sayang serta dapat mencegah salah faham dan elak potensi berlakunya konflik.

Sayangnya, banyak yang merasa bahawa bahasa tubuh kucing sangat sukar untuk difahami dan sukar dihuraikan. Memetik dari pelbagai sumber, maka berikut merupakan beberapa maksud dari bahasa tubuh kucing yang perlu anda ketahui:

Menampilkan perut

Karen Sueda, seorang pakar dari American College of Veterinary Behaviorists mengatakan bahawa bahasa tubub kucing sedikit berbeza dengan anjing. Ia juga menilai bahawa beberapa masalah akan muncul ketika beberapa orang mengambil pengetahuan mereka tentang anjing lalu menerapkannya pada kucing.

Seperti contoh, pernahkah anda bertanya mengapa perilaku kucing kelihatan genit dengan berguling-guling untuk memperlihatkan perutnya dapat menimbulkan kemarahan yang jelas ketika anda cuba untuk mengusapnya?

Ketika kucing merasa puas dan berehat, ia mungkin akan berbaring dan berguling. Namun, dalam situasi lain, ketika kucing merasa terkurung dan tidak dapat melarikan diri, pose ini yang diikuti dengan cakar dan gigi tajam mungkin sedang bertahan menunjukkan bahawa mereka sedia bertarung. Seperti interaksi kucing-kucing lainnya, penting untuk mempelajari apa yang disukai kucing sampailah masa ia tidak menyukai tentang suatu hal, ia mungkin juga akan berperilaku seperti ini.

Mengenyitkan mata

Ketika seekor kucing menyapa kucing lain atau seseorang dengan mengenyitkan mata lambat dan lesu, ia sedang berkomunikasi tentang kasih sayang. Mengapa? Kerana di dunia kucing, menutup mata seseorang di hadapan orang lain adalah tanda kepercayaan yang utama. Dengan mengenyitkan mata perlahan pada kucing, anda baru sahaja menyatakan bahawa anda anda bukanlah ancaman. Maka itu, ketika kucing bertindak demikian terhadap anda, cuba beri tindak balas gerakannya.

Ekor dan gerak-gerinya

Salah satu barometer paling tepat dari keadaan hati kucing adalah melalui ekornya. Ketika ekornya diangkat, kucing sedang memaksudkan kepercayaan, melengkuk atau menjalar pada ekor kucing lain atau pada kaki manusia, ia menandakan keramahan. Menyelit di bawah atau di antara kedua kaki manusia, itu menandakan ketidakamanan atau kerisauan.

Ekor yang tegak adalah tanda yang jelas bahawa kucing merasa terancam. Ketika digabungkan dengan punggung, melengkung, buluh kucing tegak di sepanjang kawasan tulang belakangnya, dan kuku yang terhunus, kuda-kuda tersebut merupakan petunjuk memaksa anda untuk berundur.

Tatapan langsung

Meskipun orang dapat menggunakan kontak mata langsung untuk menunjukkan kasih sayang, kebanyakan kucing akan menganggap itu adalah ancaman. Itulah mengapa dalam lingkungan sosial, kucing biasanya tertarik pada seseorang yang cuba mengabaikannya. Semakin menakutkan seekor kucing, semakin lebar anak matanya membesar. Ketika matanya melebar, anak mata akan menerima informasi visual sebanyak mungkin. Keadaan ini menandakan bahawa kucing sangat ketakutan dan ingin mundur.

Pada kucing yang sedang terangsang atau marah, anak matanya mungkin menyempit atau terlihat lebih fokus pada detail. Namun, mata kucing juga bertindak balas dengan cahaya sekitarnya, jadi penting untuk mengamati bahasa tubuh secara keseluruhannya dan tidak memilih satu bahagian sahaja. Setelah kucing sedar bahawa mereka sedang diawasi, mereka mungkin akan berhenti dan menilai situasinya.

Tanda ingin memangsa

Kucing yang berwatak paling lembut pun dapat membalas jika merasa terancam atau terangsang dengan banyak permainan atau belaian. Kucing pada umumnya adalah predator yang secara alamiah akan cepat bertindak jika diberi rangsangan. Jadi, ketika mereka melihat sesuatu benda bergerak seperti tikus, mainan kucing atau tangan manusia mereka akan terprogram untuk mengejarnya. Semakin dekat, mereka mekangkah maju sampai mencapai posisi dan masa yang tepat. Kemudian akan bertindak untuk menerkam dan membunuh.

Oleh itu, jika target mangsa kucing kebetulan adalah tangan anda, lebih baik diam. Tindakan berdiam tersebut akan menghentikan pola mengintai mangsa alamiah yang dimiliki kucing.

Ketika anda melihat tanda-tanda peringatan ini, anak mata membesar, ekor melengkung ke bawah, telinga diluruskan, ia sedang memberi amaran untuk anda berundur. Kerana ketika ini kucing juga sedang berada dalam mode pertahanan.

Isyarat dari suara

Kucing mungkin telah menyesuaikan ‘meow‘ mereka untuk memanipulasi orang agar kemahuan atau keperluan mereka dipenuhi. Kucing tidak banyak mengeong pada kucing lain kerana ia diertikan sebagai alat penarik perhatian untuk mengungkapkan salam, persetujuan, permintaan makanan dan banyak lagi.

Pelajari perbezaan kosa kata kucing sehingga anda dapat mengesan perbezaan setiap permintaan mereka. Contohnya:

– Berdengkur biasanya menandakan kepuasan dan mungkin juga merupakan perilaku mencari keselesaan ketika kucing sedang dalam pemulihan dari penyakit atau hampir mati.

– Gemeresik bernada tinggi atau berbual menandakan kemarahan.

– Menggeram, mendesis atau meludah adalah peringatan tegas untuk menjauh.

Caterwauling adalah suara yang sangat keras dan parau yang dibuat kucing (terutama kucing jantan yang belum dikembiri) ketika diancam oleh kucing lain. Suara ini boleh berlaku pada kucing yang tuli.

Namun, secara keseluruhannya, kucing adalah makhluk unik. Tidak akan ada yang mengenal kucing lebih baik daripada anda sebagai tuannya.

Sumber: halodoc

0 0

About Post Author

MissBambangan

suka menulis
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleppy
Sleppy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

MissBambangan

suka menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *