Pelajar sekolah punca wujud Kluster Jalan Labuk, Sandakan

Read Time1 Minute, 25 Second

Ketika kes positif baharu Covid-19 seluruh negara meningkat kepada 5, 728 kes, Sabah menunjukkan catatan penurunan kes berbanding hari sebelumnya.

Kes positif baharu Covid-19 di Sabah pada 30 Januari 2021 menurun kepada 263 kes dengan 2 kes kematian dan muncul 1 kluster baharu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, satu kluster baharu dilaporkan pada Sabtu lalu (30 jan), iaitu Kluster Jalan Labuk, Sandakan dengan dua kes baharu dan bilangan kumulatif adalah 15 kes.

Kes indeks bagi kluster ini membabitkan pelajar yang dikesan positif melalui saringan masuk asrama pada 22 Januari lalu. Hasil saringan kontak rapat mendapati beberapa lagi rakan pelajar serta guru disahkan positif Covid-19.

Dua kes kematian dilaporkan hingga kemarin, iaitu masing-masing 1 kes di Kudat dan Sandakan.

Beliau turut berkata, daripada keseluruhan kes baharu tersebut, Kota Kinabalu masih kekal mencatatkan kes tertinggi dengan 44 kes, diikuti dengan Lahad Datu, 43 kes, Sandakan 22 kes, Putatan 21 kes, Tawau 20 kes, Penampang 17 kes, Tuaran 13 kes, Keningau 12 kes, Papar 11 kes, Ranau dan Kinabatangan masing-masing 8 kes, Kota Belud 7 kes, Semporna 6 kes, Kudat, Kota Marudu dan Tongod masing-masing dengan 5 kes dan 4 kes di Kunak, Kuala Penyu dan Kalabakan. Manakala, 2 kes di Beluran serta 1 kes masing-masing di Pitas dan Nabawan.

Daripada 263 kes positif itu, sebanyak 192 kes atau 73% dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 41 kes, saringan kluster baharu dan sedia ada 8 kes, saringan masuk asrama 2 kes dan 20 kes adalah dari lain-lain kategori.

Sementara itu, sebanyak 414 kes pulih dilaporkan, dengan kumulatif kes sebanyak 44,821 kes. Kes kematian di Sabah bertambah kepada 323 kes.

Sumber: BorneoToday

0 0

About Post Author

MissBambangan

suka menulis
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleppy
Sleppy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

MissBambangan

suka menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *