Makanan & minuman yang membantu anda meningkatkan kualiti tidur

Read Time2 Minute, 59 Second

Tidur yang nyenyak adalah amat penting untuk kesihatan secara keseluruhannya. Tidur yang mana mampu mengembalikan tenaga, bahkan boleh mencegah kita daripada tekanan dan beberapa penyakit kronik yang lain. Memetik kenyataan dari Healthline, tidur mampu menjaga otak tetap sihat dan meningkatkan sistem imunisasi dalam badan.

Umumnya, orang dewasa disarankan untuk dapatkan masa tidur 7-9 jam setiap malam. Jika anda merasa akhir-akhir ini sukar untuk tidur nyenyak, ada banyak cara yang boleh anda lakukan agar tidur anda jadi lebih berkualiti. Salah satunya adalah mengambil makanan atau minuman sihat.

Makanan dan minuman yang dikongsikan dibawah ini, mampu membuat anda terlelap dengan mudahnya. Namun, tidak bermaksud anda boleh mengambil makanan dan minuman ini tepat sebelum tidur. Tetap perlu ada jarak masa selepas makan dengan masuk tidur, iaitu antara 1 – 2 jam. Sihat bagaimanapun makanan yang anda ambil, anda tetap perlu memberi jarak masa sebelum masuk tidur. Hal ini kerana, makan sebelum tidur boleh mengganggu sistem pencernaan dan menaikkan gula dalam darah.

Berikut merupakan senarai makanan dan minuman yang mampu mempromosikan tidur.

1. Kacang Almond

Kacang Almond adalah sejenis kacang pohon yang memiliki pelbagai manfaat bagi kesihatan. Kacang almond mengandungi fosfor, riboflavin dan mangan yang dipercayai mampu mencegah penyakit kronik seperti penyakit jantung dan diabetes. Lemak tak jenuh, serat dan antioksidan yang terkandung dalam kacang almond juga mampu menjaga sistem pencernaan agar tetap sihat dan melindungi sel dari peradangan.

Kacang almond juga termasuk sumber hormon melatonin terbaik. Seperti yang diketahui, melatonin mampu mengatur jam internal dan memberi tanda pada tubuh untuk bersiap masuk tidur. Tidak hairan jenis makanan ini amat berkesan dalam meningkatkan kualiti tidur.

2. Teh Camomile

Teh Camomile merupakan teh yang cukup popular. Teh ini, terkenal dengan kandungan flavonnya. Flavon adalah golongan antioksidan yang mengurangkan peradangan yang mencetuskan timbulnya penyakit kronik seperti kanser dan penyakit jantung. Teh ini juga dapat meningkatkan sistem imunasi tubuh, mengurangkan kecemasan dan tekanan serta meningkatkan kesihatan kulit.

Apigenin, sejenis antioksidan yang terkandung dalam teh ini, di mana ia bertindak bekerja mengikat reseptor tertentu di otak yang dapat meningkatkan rasa mengantuk dan mengurangkan insomnia. Nah, minum teh camomile sebelum tidur pastinya perlu dicuba jika anda mahu meningkatkan kualiti tidur.

3. Buah Kiwi

Kiwi adalah buah yang rendah kalori dan sangat bergizi. Satu buah boleh mengandungi 42 kalori dan sejumlah nutrien, seperti vitamin C, folat, potasium dan pelbagai mineral lainnya.

Memakan buah Kiwi sangat memberi manfaat kepada sistem pencernaan, mengurangkan peradangan dan menurunkan kolestrol. Kesan ini disebabkan oleh serat yang tinggi dan antioksidan karotenoid yang terkandung dalam buah Kiwi. Serotonin dan antioksidan dalam buah inilah mampu meningkatkan kualiti tidur anda.

4. Ikan berlemak

Ikan berlemak seperti Salmon, Tuna, Trout dan Mackerel adalah sumber vitamin D yang luar biasa. Selain vitamin D, ikan berlemak kaya dengan asid lemak omega-3 yang sihat, khusunya asam eicosapentaenoic (EPA) dan asam docosahexaenoic (DHA). EPA dan DHA berfungsi mengurangkan peradangan. Selain itu, omega-3 ini juga dapat menghindari kita dari penyakit jantung dan meningkatkan kesihatan otak.

Gabungan asid lemak omega-3 dan vitamin D pada ikan berlemak juga berpotensi meningkatkan kualiti tidur. Hal ini kerana, kedua-dua zat ini telah terbukti meningkatkan produksi serotonin.

5. Kacang Kenari

Kacang Kenari menyediakan lebih dari 19 vitamin dan mineral. Beberapa di antaranya adalah, magnesium, fosfor, mangan dan tembaga. Kacang Kenari juga termasuk kacang yang mengandungi asid lemak omega-3 dan asid linoleat serta sumber melatonin yang baik. Seperti yang sudah dijelaskan melalui kenyataan sebelum ini, yang mana kedua-duanya mampu meningkatkan kualiti tidur.

Demikian beberapa makanan dan minuman yang mampu membantu anda untuk tidur nyenyak. Namun jika anda masih ada kesukaran untuk tidur, sebaiknya segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan bantuan.

Sumber: Halodoc

0 0

About Post Author

MissBambangan

suka menulis
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleppy
Sleppy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

MissBambangan

suka menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *