Kuli bangunan sanggup bina terowong bawah tanah demi curang dengan isteri jiran

Read Time1 Minute, 8 Second

MEXICO – Seorang kuli bangunan telah membina terowong bawah tanah untuk bertemu dengan kekasihnya yang sudah berumah tangga.

Namun, perbuatannya itu akhirnya disedari oleh suami kepada kekasihnya. The Sun melaporkan bahawa kuli bangunan yang dikenali sebagai Alberto itu juga sudah mempunyai isteri.

Alberto membina terowong bawah tanah tersebut agar dapat bertemu dengan kekasihnya Pamela, yang merupakan isteri kepada jirannya.

Rancangannya berjaya, namun akhirnya diketahui oleh suami kepada Pamela yang pulang awal ke rumah selepas bekerja.

Suami Pamela mula curiga kemudian memeriksa ke bawah katil di tempat tidur mereka, tapi tidak menemukan siapa-siapa. Dia kemudian melihat Alberto bersembunyi di sebalik sofa. Dia kemudian segera mengalihkan sofa tersebut, namun Alberto sempat melarikan diri melalui terowong.

Suami Pamela kemudian menemui lubang lantai yang mengarah ke terowong bawah tanah. Dia kemudian memasuki terowong tersebut dan mengejar individu yang dilihatnya sebentar tadi. Penghujung kepada terowong tersebut adalah rumah Alberto. Menurut gambar-gambar yang sempat berdedar di sosial media terowong itu kelihatan kukuh dan mempunyai keluasan lebar sekitar 0.5 meter.

Setelah suami Pamela menembusi terowong tersebut, Alberto dikhabarkan memintanya untuk tidak membongkar rahsianya ke isteri si kuli yang sedang tidur. Namun suami Pamela tidak peduli malah bergegas melaporkan kepada isteri Alberto.

Kedua lelaki tersebut kemudian sempat bergaduh, saling tolak-menolak dan akhirnya pihak polis tiba setelah ada yang melaporkan.

Ketika polis sampai, Alberto segera ditahan bagi siasatan lanjut.

Sumber: KOMPAS

0 0

About Post Author

MissBambangan

suka menulis
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleppy
Sleppy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

MissBambangan

suka menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *