Kenapa saya tidak bahagia?

Read Time4 Minute, 13 Second

Apa yang menjadi penyebab kepada seseorang yang tidak bahagia? Carta kebahagiaan semakin menurun sedikit demi sedikit seiring dengan pertambahan usia. Semakin kita dewasa, maka fikiran turut ikut berubah.

Dahulu, bahagia itu sederhana. Cukup dengan contoh ketika kita masih berada di bangku sekolah rendah terutamanya. Fasa dimana kita pertama kali mulai mengenal rakan-rakan baru dan kita merasa sangat bahagia.

Hal-hal baru nyata boleh membuatkan kita selalu merasa bahagia. Namun, bila ia sudah menjadi rutin harian, ia kadangkala boleh mengurangkan kapasiti kebahagiaan tersebut.

Demikian 5 antara hal yang membuatkan kita merasa tidak bahagia:

1. Menganggap HIDUP INI TIDAK ADIL

Biasanya, orang yang tidak bahagia lebih cenderung beranggapan bahawa hidup ini tidak adil. Tentunya, kita pernah menganggap orang lain jahat, curang, zalim dan sebagainya. Ketika itulah juga kita akan merasa bahawa kita ini adalah mangsa kepada ketidakadilan dalam hidup.

Secara ironinya, kita selalu merasa bahawa dimana kemalangan, kegagalan dan segala hal buruk yang terjadi dalam hidup, kesalahan bukanlah datang dari kita, melainkan kesalahan orang lain, takdir dan sebagainya. Cuba untuk tidak menyalahkan diri sendiri. Sedangkan fakta nya adalah apa yang terjadi pada diri kita hari ini disebabkan oleh apa yang sudah kita lakukan kemarin.

Susah menerima kekurangan diri penyebab tidak merasa diri bersalah. Hal ini menutup ruang bagi diri kita untuk mengubah menjadi yang lebih baik. Dan pada akhirnya kita tidak akan pernah berkembang menjadi yang lebih baik.

Ubah tabiat ini dengan membuat jadual rutin setiap 30 minit sebelum tidur. Lakukan analisis perbuatan kita hari ini, ingat kesalahan yang sudah kita lakukan, akui dan maafkan diri sendiri dengan harapan esok akan jadi lebih baik.

2. DENDAM dan DENGKI

Orang-orang yang mempunyai penyakit hati, ketika melihat orang lain berjaya, dalam hatinya akan berkata “Sepatutnya saya!” Iri dan dengki terhadap kejayaan orang lain menjadi penghalang kepada kebahagiaan kita.

Contoh kepada DENDAM, seorang anak yang berasal dari brokenfamily. Anak kemudian berdendam dengan ayah atau ibu. Sepanjang hayat anak itu akan terus menyimpan dendam. Maka itu, hal yang tidak disedari, ketika ia memilih untuk tidak memaafkan, kerana dendam dan ini akan semakin menyakiti diri sendiri.

Atasi perasaan ini dengan sedari bahawa semua orang mempunyai masa lalu yang mungkin tidak boleh diubah dan pastinya semua orang pernah melakukan kesalahan.

Kita hanya perlu memisahkan kesalahan seseorang di masa lalu dengan kenyataan yang ada sekarang. Jangan tutup kemungkinan bahawa seseorang itu akan terus bersalah selamanya, kerana pasti ada masa dimana ia akan berubah.

Ikhlaskan semua yang terjadi, berani maafkan diri sendiri dan orang lain, dan ini akan menjadikan kita hidup lebih tenang dan bahagia.

3. Cuba untuk MENJADI ORANG LAIN

Kenapa kita ada perasaan untuk menjadi orang lain? Salah satunya, mungkin kerana kita terlalu membanding-bandingkan diri kita dengan orang lain. Ketika kita melihat orang lain mahir dan hebat dalam sesuatu bidang, wajar bagi kita merasa kagum tapi tidak bermaksud kita perlu menjadi orang lain.

Ada beza antara termotivasi dengan terbawa arus. Motivasi itu datang jika kita sudah mengetahui kisah orang tersebut dari awal sampai akhir. Manakala terbawa arus, kita hanya melihat kejayaan orang tersebut.

Melihat orang yang sudah berjaya dengan keadaan kita ketika ini pastinya membuat kita fokus pada apa yang kita miliki, namun tidak kepada apa yang belum kita lakukan.

Lihat diri sendiri, apa yang sudah kita lakukan? Usaha kita sudah sampai mana? Bandingkan apa perubahan diri kita yang sekarang dengan yang dulu, apa perubahannya? Kita semua pastinya termotivasi dari orang lain, tapi jangan pernah menjadi orang lain. Ketahui diri kita siapa.

4. Selalu BERFIKIRAN NEGATIF

Kita dirisaukan dengan sesuatu yang buruk yang akan terjadi. Bahkan, ketika kita dalam keadaan stabil, tiada masalah, tenang dan sebagainya, orang-orang negatif sukar untuk merasa bahagia.

Umumnya, ketidakbahagiaan selalunya datang dari perasaan ‘maafkan saya’. Terlalu bimbang dengan kekurangan yang membuatkan kita fokus pada fikiran negatif.

Ini boleh dikaitkan dengan, bagaimana kita mengawal emosi. Secara tidak langsung, ramai sahaja orang pintar dalam ilmu pengetahuan melalui buku dan sebagainya, tapi pengetahuan yang dimiliki tidak mempengaruhi cara berfikirnya.

Jika kita sedar dengan fikiran liar dalam diri masing-masing maka kita akan boleh mengubahnya secepat mungkin sebelum fikiran itu dibaluti dengan emosi.

Teorinya mudah, kesamaan akan menarik kesamaan. Maksudnya, fikiran negatif akan menarik emosi negatif yang boleh menghalang kebahagiaan kita.

5. Dikelilingi oleh ORANG-ORANG TOKSIK

Ketika kita sedang mengalami masalah, bertemu dengan orang toksik dan meminta pendapatnya adalah pilihan yang tidak tepat. Kenapa? Kerana mereka tidak akan membantu kita mencari jalan penyelesaian, malah akan membuatkan kita jatuh lebih dalam.

Kehidupan kita, tentunya tidak terpisah dari pengaruh orang-orang sekeliling. Dan demikian dengan kebahagiaan, pastinya bergantung dengan rakan-rakan yang kita pilih.

Jika merasa sukar untuk bahagia, perhatikan lingkungan persahabatan, keluarga atau pasangan. Sebab orang-orang terdekatlah yang banyak mempengaruhi kebiasaan sehari-hari kita.

Pengaruhi apa yang kita kerjakan dan mempengaruhi sudut pandang kita terhadap kehidupan.

Untuk menghindar penghalang kebahagiaan ini, maka tinggalkan dan pergi dengan circle baru yang lebih positif. Jangan risau, ketika kita meninggalkan yang buruk, maka kebaikan akan datang.

Tuntasnya, jangan rasa dirimu adalah yang terburuk di dunia ini. Semua orang mempunyai sisi gelap dalam kehidupannya. Apa yang penting latih diri untuk mengubah gaya hidup yang negatif kepada positif.

Sumber: Golife

0 0

About Post Author

MissBambangan

suka menulis
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleppy
Sleppy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

MissBambangan

suka menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *