“Keluarga Veveonah sebenarnya tinggal menetap di Pekan Pitas” – terang Ketua Kg Sapatalang

Read Time2 Minute, 23 Second

Anggota Parlimen Kudat, Abdul Rahim Bakri menjelaskan bahawa, beliau serta pegawainya telah membuat siasatan sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Pegawainya telah berjumpa dua Ketua Kampung, iaitu Elwin Madisa yang merupakan Ketua Kampung Sapatalang dan Edward Upak selaku Ketua Kampung Bilangau Besar di daerah Pitas, Sabah bagi mendapatkan maklumat berkenaan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu.

Menurut keterangan daripada kedua-dua ketua kampung ini, ibu bapa pelajar ini sudah terlalu lama tidak tinggal di Kg Sapatalang kerana bapanya Mosibin bin Maraun @ Makrun bekerja di Koperasi Pembangunan Daerah (KPD) di Pekan Pitas.

“Mereka sebenarnya tinggal menetap di pekan Pitas yang ada khidmat internet, sebenarnya dia tidak ada rumah di Kg Sapatalang seperti yang dia dakwa.

Abdul Rahim juga berkata bahawa beliau telah membuat siasatan terhadap seorang dekan fakulti dan pensyarah UMS. Beliau berkata bahawa pensyarah itu memberitahunya pada ketika itu tiada peperiksaan dalam talian dan hanya sekadar kelas biasa.

Pensyarah turut memaklumkan kepada kepada Abdul Rahim bahawa pihak Universiti membenarkan pelajar tinggal di kampus sekiranya tiada jaringan internet.

Ada pelajar yang pilih untuk tinggal di kampus kerana jaringan internet di kampung tidak kuat, putus-putus dan lain-lain.

“Telah pun dimaklumkan bahawa setiap pelajar yang ada masalah serupa ini telah dibenarkan tinggal di kampus universiti supaya pembelajaran mereka tidak terganggu dan ramai pelajar luar bandar dari seluruh negara memilihnya.

“Apa perlu pelajar itu membahayakan diri memanjat pokok dan di videokan. Sedangkan dia ada pilihan hanya berusaha sedikit ke pekan Pitas sama ada menumpang di sekolah atau tempat awam yang ada liputan baik dan pilihan terbuka luas.

“Jika ia terjatuh dari pokok itu sudah pasti malapetaka pada keluarganya dan akan menjadi tragedi pada negara.” Terang Abdul Rahim menerusi posting beliau dalam akaun Facebook miliknya.

Beliau menambah hujahnya dengan berkata, selaku wakil rakyat bahawa, beliau tidak pernah sunyi berusaha dan meminta kemudahan yang terbaik untuk kawasannya. Tetapi ada yang masih menunggu pelaksanaan.

“Bagaimanapun untuk lebih adil telah bermacam kemudahan disediakan untuk rakyat. Antaranya ialah, dalam bidang perubatan dan kesihatan telah bertambah baik, jalan raya merentasi Kota Marudu – Pitas – Sandakan menelan belanja hampir RM700 juta siap lebih sedekad yang lalu dan banyak lagi.

Isu Veveonah kembali hangat selepas berlaku isu dakwaan yang pertama kali dibangkitkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin dalam dewan parlimen.

Veveonah yang merupakan pelajar Asasi Sains dari UMS menafikan dakwaan timbalan menteri tersebut dan Veveonah menyatakan bahawa beliau memang sedang menduduki peperiksaan atas talian ketika memanjat pokok.

Veveonah turut menyatakan bahawa video tularnya itu mendapat pengesahan pihak institutnya iaitu UMS. Veveonah turut menyatakan yang beliau mempunyai bukti jadual peperiksaan.

“Video tular itu juga sudah diketahui dan disahkan pihak universiti. Takkan universiti mahu cakap saya palsu.” ujar Veveonah.

Zahidi yang kemudiannya menjadi kecaman orang ramai selepas mengeluarkan kenyataan tersebut dan memohon maaf atas keterlanjurannya mendapat maklumat yang tidak tepat. Zahidi kemudian menjelaskan kembali kepada dewan parlimen bahawa maklumat tersebut diperoleh daripada Abdul Rahim.

Sumber: Abdul Rahim Bakri

0 2

About Post Author

MissBambangan

suka menulis
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleppy
Sleppy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

MissBambangan

suka menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *