JANGAN PANDAI-PANDAI BELI ATAU AMBIL DEXAMETHASONE!

Read Time55 Second

Ada yang sudah mula rancang untuk cari ubat ini? Nanti, sabar dan baca ini dahulu.

Melalui eji kaji ini, Dexamethasone dikatakan mengurangkan kadar kematian sebanyak 1 per 3 dalam kalangan pesakit covid-19 yang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dexamethasone juga mengurangkan 1 per 5 kadar kematian dalam kalangan pesakit covid-19 yang memerlukan oksigen.

Dan, ia TIADA KESAN terhadap pesakit yang TIDAK MEMERLUKAN SEBARANG BANTUAN PERNAFASAN.

Adakah jelas? Dan Mengapa?

Dexamethasone adalah sejenis steroid. Steroid ini berfungsi mengurangkan kadar inflamasi di dalam tubuh. Pesakit covid-19 yang serius hingga mempunyai kadar inflamasi yang tinggi.

Sebab itulah kenapa ia berkesan terhadap pesakit yang serius, tetapi tidak terhadap pesakit yang lain.

Sebenarnya, penggunaan steroid yang tidak terkawal juga boleh mendatangkan bermacam-macam kesan sampingan yang serius.

Lalu, apa yang perlu kita buat?

Tiada apa pun. Hanya amalkan tahap penjagaan kebersihan diri yang tinggi, elak kawasan ramai pengunjung dan sempit, gunakan pelitup muka jika ke tempat tumpuan umum ataupun jika bergejala.

Juga, dapatkan rawatan di klinik atau hospital sekiranya anda bergejala atau tidak sihat.

JANGAN PANDAI-PANDAI BELI ATAU AMBIL DEXAMETHASONE!

Sumber: Fahmi Hassan Pharmacist, BBC

0 0

About Post Author

MissBambangan

suka menulis
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleppy
Sleppy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

MissBambangan

suka menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *