Ibu bunuh bayi 9 bulan demi sembunyi hubungan sulit

Read Time1 Minute, 8 Second

INDONESIA: Polis menahan AO, 35 yang merupakan seorang suri rumah di Lampung, Indonesia. Dia dikaitkan dengan kematian bayinya, Kartika Suci Rahayu yang baru berusia 9 bulan.

Selain AO, polis turut menahan MA, 40 lelaki yang dipercayai adalah teman lelaki AO. Mereka berdua terlibat dengan kes pembunuhan Kartika bagi menyembunyikan hubungan sulit mereka.

AO yang sudah bersuami telah menjalin hubungan sulit dengan MA ketika kandungannya masih berusia 5 bulan.

Dinyatakan ketika bayi tersebut lahir, ada isu yang mengatakan bahawa wajah bayi tersebut hampir serupa dengan MA. MA kemudian merancang untuk membunuh bayi tersebut.

Pembunuhan Kartika berlaku pada petang (6 Feb) lepas. AO dengan alasan mohon izin kepada suaminya untuk pergi ke rumah saudara-maranya dengan membawa Kartika.

Kartika kemudian disuapkan ramuan yang dibuat dari minyak rambut, gula merah dan asam jawa. Tertuduh turut menutup hidung mangsa hingga mangsa sesak nafas dan akhirnya meninggal dunia.

Pasangan tersebut kemudian menghantar Kartika ke rumah mertua AO pada petang keesokan harinya.

Sementara mertua AO curiga ketika menantunya terus pergi setelah memberikan Kartika. Ketika bayi diperiksa dan didapati sudah tidak bernyawa, mereka segera laporkan kepada pihak polis.

AO sebelumnya dijanjikan masa depan yang cerah pada oleh MA jika ia menuruti segala kemahuan MA.

Sementara itu, suami kepada AO, Feri Mamat mengecam tindakan keji isterinya tersebut. Dia kemudian menyerahkan sepenuhnya kes tersebut kepada pihak polis.

Kedua pelaku akhirnya dijatuhi hukuman.

Sumber: KOMPAS

1 0

About Post Author

MissBambangan

suka menulis
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleppy
Sleppy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

MissBambangan

suka menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *