Hajiji sering diperkotakkecikan, namun tidak pernah melatah kerana fokus menjayakan AkuJanji

Read Time1 Minute, 10 Second

Arthur Sen yang bertugas sebagai Pegawai Khas Ketua Menteri berkongsi pandangan dan pengamatannya terhadap Ketua Menteri (KM) Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor sepanjang tempoh 100 hari beliau menyandang tugas sebagai KM.

Arthur membuat perkongsian ini melalui laman Facebook miliknya. Berikut perkongsian Arthur yang juga merupakan ahli Parti Bersatu Sabah.

“Selaku sebagai Pegawai Khas KM, dalam tempoh 100 hari (29.09.2020 – 06.01.2021) dia menjadi KM Sabah, sy belum pernah mendengar dia membidas mana2 individu samada sepanjang peluang sy berbual dgn dia, kenyataan akhbar dia, mahupun ucapan2nya.

Dia sibuk dari pagi hinggalah ke lewat malam berkerja tanpa henti. Sy tahu sebab sy berada di pejabat KM, dapat akses jadual kerja dia dan WA sy kpd dia pun sering dia respond dlm jam sekitar jam 1 pagi.

Wlpun dia diperkotakkecikan terutama wawancara bicara neratif (yg mana sengaja disunting oleh pihak sebelah), dia tidak melatah dan mengarah kami utk mengasak balik. Sy pula yg tidak tahan.

Sy yakin pemimpin yg fokus kpd kerja utk menjayakan Aku Janji PRN16 dan mempunyai halatuju 2021 – 2025 (dinamakan Sabah Maju Jaya) pasti akan beroleh keberhasilan.

Sy panjatkan doa agar YAB KM, rakan2 Kabinet negeri, penjawat awam dan rakyat jelata diberi kesihatan yang terbaik, kebijaksaan yg luar biasa dalam.menjalankan mandat rakyat bagi mensejaterakan hidup rakyat.

Semoga dalam tempoh 5 tahun ini semua perkara berjalan lancar spt yg telah dirancangkan.”

Sumber: Arthur Sen

0 0

About Post Author

MissBambangan

suka menulis
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleppy
Sleppy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

MissBambangan

suka menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *