Definisi cantik mengejutkan dari pelbagai negara

Read Time2 Minute, 0 Second

Cantik itu adalah sesuatu yang relatif, tapi kita boleh mengatakan bahawa semua wanita di dunia ini sudah tentu cantik scara fiziknya dan hanya kecantikan hati setiap individu yang membezakan antara satu dengan yang lain.

Namun, terdapat beberapa negara di dunia ini terkenal dengan definisi cantik yang dianggap pelik dan mengejutkan.

Berikut antara 5 definisi cantik mengikut negara:

1. Amerika Syarikat (menggelapkan kulit)

Tren yang berlaku di negara ini sejak dari dahulu lagi, bagi orang yang berkulit putih adalah menggelapkan kulit. Bagi mereka inilah definisi cantik ketika kulit mereka agak gelap dari yang sepatutnya. Yang putih mahu gelap, yang gelap mahu putih.

2. India (Henna)

Definisi cantik dan ‘manglingi’ menurut India adalah ketika seseorang mengenakan henna pada anggota tubuh badan. Henna bagi negara kita biasanya hanya digunakan pada tangan dan kaki. Namun tidak pada India, kadangkala tubuh mereka boleh saja dipenuhi coretan henna dan ini mereka definisikan sebagai kecantikan pada wanita. Apatah lagi ketika wanita dalam majlis perkahwinannya.

3. Afrika (papak bibir sampai bekas luka khusus)

Ramai pihak yang mengusulkan agar amalan ini dihentikan, namun para wanita di Afrika sendiri sudah merasa selesa dan terbiasa. Mereka akan merobek bibir mereka sendiri dan meletakkan papak di lubang robekannya. Selain itu, mereka juga turut rela melukakan sekujur tubuh, agar bekas lukanya membentuk satu motif konkrit yang unik. Ini barulah beauty is pain. Tapi cantiknya mereka sahaja yang lihat, dan menurut pandangan peribadi admin itu adalah sakit dan sama sekali tidak ada cantiknya.

4. Perancis (peringatan kesihatan dari photoshop)

Kerajaan Perancis telah berusaha untuk menekankan dan mengingatkan rakyatnya terutama golongan-golongan muda dalam negaranya agar tidak termakan dengan tampilan-tampilan cantik pada pelbagai iklan kosmetik. Hal ini kerana dunia digital kini (photoshop) boleh meragukan iklan yang dipaparkan dengan realitinya. Kerajaan turut risau dengan tampilan iklan yang tidak sama dengan realiti boleh membawa kepada pola hidup dan pemikiran golongan orang muda yang tidak sihat. 

5. Jepun (menanam manik-manik pada alat kelamin)

Sesetengah penduduk di Jepun akan mengamalkan penanaman manik-manik di bawah kulit alat kelamin setiap kali mereka masuk penjara atau ikut serta dalam acara rancangan televisyen di negara mereka.

Bagaimana pula definisi cantik bagi rakyat Malaysia? Yang pasti definisi cantik bagi negara kita masih boleh diterima oleh majoriti. Namun, jika dikaji dan dipelajari lebih mendalam, negara kita yang kaya dengan pelbagai kaum dan budaya pun boleh memperlihatkan sesetengah definisi cantik mengikut kaum masing-masing. Malaysia juga ada keunikannya sendiri.

Sumber: IDNTimes

0 0

About Post Author

MissBambangan

suka menulis
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleppy
Sleppy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

MissBambangan

suka menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *