COVID-19: Sabah mulai timbul kluster sekolah
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) hari ini mengesahkan bahawa terdapat dua murid sekolah rendah disahkan positif COVID-19 pada Isnin lalu. (27 Julai 2020)
Kontak rapat pesakit, iaitu keluarga dan rakan sekolah telah diperintahkan untuk menjalani kuarantin.
Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Christina Rundi berkata, kesemua kontak kepada murid sekolah tersebut telah pun diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari.

Isnin lepas juga terdapat 1 mesej tular di media sosial yang menyatakan bahawa terdapat murid di sebuah sekolah di Inanam dikesan positif COVID-19.
Kedua-dua murid tersebut dikesan apabila mereka mendapatkan rawatan kesihatan di klinik berhampiran.
Turut dilaporkan bahawa JKNS juga mengadakan ujian COVID-19 ke atas 37 rakan sekelas murid berkenaan serta ibu bapa dan lapan guru yang merupakan kontak rapat kepada kedua-dua murid ini.
Christina sekali lagi menegaskan dan mengingatkan para ibu bapa agar tidak menghantar anak-anak ke sekolah sekiranya anak mereka mengalami gejala demam. Sebaliknya, segera bawa anak-anak ke klinik atau hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan.
Beliau turut sama dengan tegas mengingatkan pelajar agar mematuhi penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan paling utama, kerap mencuci tangan menggunakan sabun dan air bersih.
Sumber: JKNS