COVID-19: “Malaysia berada di landasan yang betul” – Dr Hisham

Read Time1 Minute, 37 Second

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Malaysia kini berada di landasan yang betul dalam usaha melihat angka kes positif baharu COVID-19 untuk berada pada jumlah kurang dari 10 kes.

Beliau berkata, tidak lama lagi, kes positif COVID-19 ini akan berada pada jumlah kurang dari 10 kes.

Beliau juga melaporkan bahawa pihaknya, iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), masih terus memburu sasaran itu.

Boleh dilihat dalam tempoh dua minggu sejak awal bulan ini, kes-kes baharu COVID-19 memang tidak menampakkan kenaikan ketara. Tetapi ia juga tidak berkurangan sepantas yang diharapkan.

“Tapi kita masih bertahan, selagi kita boleh kekalkan angka sekitar 20 kes, jadi dari segi kepentingan kesihatan awam, satu pasukan boleh mengambil tindakan terhadap kes-kes yang telah dikenal pasti.

“Lebih penting lagi, tindakan boleh diambil bagi menghalang jangkitan daripada merebak.” terang beliau.

KKM turut berharap pada hari-hari yang mendatang, Malaysia dapat mengekalkan angka dua digit kes baharu positif COVID-19.

Menurut Dr. Hisham, ketika ini pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadikan angka jangkitan baharu kes positif COVID-19 berada pada dua digit sahaja.

Paling penting lagi, tiada lonjakan jumlah kes positif baharu yang dikesan secara tiba-tiba.

“Selagi jumlahnya kurang daripada 50 kes, saya pusa hati, namun sasaran kita adalah lebih dari angka ini dan kita boleh mencapainya jika dapat bekerjasama.

“Orang ramai boleh tampil dan patuh kepada Standard Operating Procedure (SOP), ini penting.” tegasnya.

Benar, jika melihat dari segi statistik kes positif COVID-19 dalam negara semenjak dua minggu kebelakangan ini, perlahan-lahan menunjukkan kita penurunan kes yang begitu baik.

Seperti sebelum ini, Dr Hisham pernah berkata bahawa sekarang ini keputusan semua berada di tangan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membendung penularan COVID-19. Maka itu, diharapkan agar kita semua memainkan peranan untuk terus patuh kepada arahan daripada pihak, KKM, MKN dan kerajaan.

Sekali lagi orang ramai diingatkan untuk elak 3C (Crowded Places, Confined Spaces dan Close Conversation) serta amalkan tahap kebersihan yang tinggi.

Sumber: BERNAMATV

0 0

About Post Author

MissBambangan

suka menulis
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleppy
Sleppy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

MissBambangan

suka menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *