COVID-19: Lebih baik adaptasi normal baru PKP banding beremosi lebih

Read Time2 Minute, 14 Second

Diawal-awal arahan PKP, cerita tentang NEW NORMAL (kebiasaan baru), yang kononnya kita akan hidup dengan cara baru. Bila kita hampir ke penghujung PKP, mula dipersoalkan kenapa peniaga-peniaga kecil dikenakan tindakan dan ramai yang kasihan dengan golongan ini. Namun, bila Perdana Menteri umumkan yang PKP dilonggarkan, hampir semua hilang pertimbangan.

Bukankah kita ramai yang bersetuju bahawa arahan kerajaan negara kita bukannya lockdown, Kita menuju kepada kebiasaan baru dan kita kasihan dengan peniaga kecil yang dihalang mencari rezeki? Itulah yang berlaku sekarang.

Hingga kini tiada satu pun negara yang dilanda wabak COVID-19, berjaya bebas 100% daripada jangkitan ini.

Maka, kita harus bersetuju yang PKP adalah KAWALAN PERGERAKAN. Tapi kini ianya perlahan-lahan dilonggarkan mengikut kepada trend penurunan kes jangkitan COVID-19.

Kita kena setuju dengan kebiasaan baru apabila aktiviti harian berubah dan tidak seperti dulu, ditambah lagi dengan beberapa SOP dan amalan baru. Kena setuju juga bahawa aktiviti ekonomi rakyat dan juga negara perlu bergerak semula.

Cuma, kita memang akan sedikit runsing dan emosi apabila PKP selama lebih sebulan tiba-tiba dilonggarkan sebelum kes jangkitan diturunkan sehingga 0%. Kita bimbang kalau jangkitan kembali berlaku, risau usaha PKP kita sia-sia, bimbang kita tidak selamat dan jadi seperti China sebelum ini.

Tapi bila difikirkan kembali, bila agaknya masa yang baik untuk kita tunggu kes turun sampai 0%? Sedangkan bila melihat contoh dari negeri Johor pun masih ada kes positif harian, di mana kes import, iaitu pekerja Malaysia yang balik dari Singapura dan kini berada di pusat kuarantin. Sehingga kini pun masih ramai yang dalam proses perjalanan pulang.

Tapi apa yang pasti kerajaan dibawah seliaan Menteri Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah pun melaksanakan tindakan kawalan yang wajar, contohnya semua yang masuk dari luar negara perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari sebelum dibenarkan pulang.

Di Johor terdapat lebih 120 pusat kuarantin diaktifkan kerana masih ada 30,000 lagi rakyat Malaysia yang berada di Singapura. Sehari hanya 400 orng dibenarkan pulang ke Malaysia. Jadi secara kiraan mudah, kita perlukan 75 hari untuk semua rakyat Malaysia di Singapura pulang. Dalam tempoh tersebut kemungkinan mereka yang pulang dan berada di pusat kuarantin ini ada yang positif COVID-19. Tak kan kita kena tunggu 75 hari lagi kan?

Selagi mana tiada vaksin ditemui dan disahkan boleh merawat serta membasmi COVID-19, selagi itulah kita masih hidup bersama wabak ini. Kita masih perlu teruskan hidup dengan amalan baru dan itulah yang dinamakan sebagai new normal.

Apa yang penting disini adalah, kita amalkan new nomral yang disarankan. Lebih baik beradaptasi berbanding beremosi lebih ketika ini. Percayalah dengan setiap keputusan yang ditetapkan oleh KKM, MKN serta kerajaan sudah pasti mereka berusaha beri yang terbaik untuk kesejahteraan negara.

Sumber: @JazlieDawani

0 0

About Post Author

MissBambangan

suka menulis
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleppy
Sleppy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

MissBambangan

suka menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *