China kini guna kaedah ANAL SWAB bagi mengesan Covid-19

Read Time1 Minute, 39 Second

BEIJING: Kerajaan China kini menerapkan langkah baru yang ketat, termasuk melakukan swab test anal melalui lubang dubur akibat lonjakan kes Covid-19 menjelang perayaan Tahun Baru Cina.

Mereka yang diwajibkan untuk mendapatkan pengawalan ketat, ialah para pendatang dari luar negara.

Mereka diwajibkan menjalani 4 ujian, iaitu ujian darah, swab melalui hidung, kerongkong dan melalui lubang dubur.

Dr. Li Tongzeng, yang merupakan seorang pengarah berkaitan penyakit pernafasan dan jangkitan di hospital You’an, Beijing berkata “Menerapkan kaedah tambahan, iaitu swab melalui anal akan meningkatkan pengesanan jangkitan dan dapat mengurangkan kekeliruan diagnosis.”

Dr Li memaklumkan kepada media kerajaan China, yang mana swab anal ini menimbulkan ketidakselesaan dan ianya hanya diguna pakai bagi mereka yang sedang menjalani kuarantin di kawasan yang popular dengan penularan Covid-19 termasuk daerah Daxing di Beijing.

Seorang penduduk dari bandar Tangshan, berkata kepada media tempatan, “jika ujian swab anal yang akan ia jalani, agak memalukan, tapi semuanya demi kebaikan diri sendiri.

“Ujian berlangsung tidak sampai 10 saat, jadi boleh ditoleransi.” tambahnya.

Douyacai, seorang pelajar yang baru pulang dari Korea Selatan, telah menjalani swab anal di Beijing pada hari ke-14 ia dikuarantin. Dia turut mengakui dirinya telah menjalani swab anal sebanyak dua kali.

Namun, pakar penyakit berjangkit di Australian National University (ANU), Dr. Sanjaya Senanayake mengakui bahawa beliau tidak yakin dengan apa yang ingin dicapai melalui swab anal.

Dr. Yang Zhanqiu dari Universiti Wuhan berkata, swab melalui hidung dan kerongkong masih merupakan ujian paling cekap untuk mengesan Covid-19, kerana virus ini menular melalui saluran peranfasan bahagian atas berbanding dengan sistem pencernaan.

“Ada kes-kes tentang ujian Covid-19 positif pada najis pesakit, tapi tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa ianya tular melalui sistem pencernaan seseorang.” terang Dr Yang.

Sebuah jurnal yang diterbitkan oleh beberapa pengkaji China pada Ogos 2020 menyimpulkan, “Swab anal mungkin spesimen optimum untuk mengesan SARS-CoV-2 bagi menilai pesakit Covid-19 keluar dari hospital.

“Pesakit dengan hasil ujian yang positif memerlukan pengasingan lebih lanjut hingga virus benar-benar hilang.” tambahnya.

Sumber: KOMPAS

0 0

About Post Author

MissBambangan

suka menulis
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleppy
Sleppy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

MissBambangan

suka menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *