Cepat pungut makanan yang jatuh “Sebelum 5 minit”, logiknya?

Read Time1 Minute, 58 Second

Anda pasti pernah secara tidak sengaja menjatuhkan makanan ke lantai, bukan? Kebiasaan, ini kerap dilakukan oleh kita ya. Tapi, kenapa 5 minit? Kebanyakan orang berpendapat bahawa makanan yang belum jatuh selama 5 minit masih belum tercemar oleh mikroorganisme.

Dengan kata lain, ketika anda tidak sengaja menjatuhkan makanan kemudian memungutnya dengan cepat, mikroorganisme tidak sempat mencemarkan makanan yang jatuh tersebut.

Faktanya, makanan apa pun yang telah bersentuhan dengan suatu permukaan akan membawa beberapa bakteria walaupun belum sampai 5 minit. Selain itu, tiada cara untuk mengetahui bakteria apa yang sudah melekat ke makanan yang sudah jatuh. Memetik dari Healthline, pengakji Rutgers menemukan bahawa kelembapan, jenis permukaan dan masa kontak di tanah semuanya menyumbang kepada tahap pencemaran silang.

Hal ini akan mempengaruhi seberapa besar kemungkinan anda dijangkiti penyakit yang bawaan makanan sudah jatuh. Menurut penelitian tersebut juga, ada beberapa jenis makanan tertentu memiliki kemampuan cepat transfer bakteria. Namun, bergantung pada lokasi dimana makanan tersebut jatuh. Ini kerana, permukaan tertentu juga berperanan besar pada bagaimana pencemaran berlaku.

Berikut merupakan temuan kunci dari kajian tersebut:

Kelembapan sesuatu makanan memiliki korelasi secara langsung dengan pencemaran silang. Contohnya kajian tersebut menguji buah tembikai yang memiliki tahap kelembapan tinggi. Para pengakji menemukan bahawa tembikai lebih mudah tercemar berabanding makanan lain yang diuji.

Ketika sampai ke permukaan, pengkaji menemukan bahawa karpet memiliki kelajuan memindahkan bakteria yang sangat rendah. Manakala, jubin, baja tahan karat, dan kayu memiliki kecepatan memindahkan bakteria yang jauh lebih tinggi. Dalam beberapa kes, perpindahan bakteria dapat bertindak dalam masa kurang dari 1 saat. Mana logiknya sebelum 5 minit?

Kuncinya, ketika makanan sudah jatuh ke permukaan yang tidak bersih, pencemaran bakteria tetap berlaku walaupun belum sampai 5 minit. Beberapa bakteria dan virus yang paling kerap mencemarkan makanan dan boleh menimbulkan penyakit. Contohnya:

– Norovirus – Salmonella – Clostridium perfringens – Campylobacter – dan Staphylococcus aureus (staph)

Ketika bakteria-bakteria seperti ini mencemarkan makanan yang sudah jatuh dan kemudian dimakan, anda berisiko tinggi akan mengalami gejala keracunan makanan. Gejala keracunan makanan biasanya akan ada rasa sakit perut, mual, muntah, demam, panas sejuk atau sakit kepala.

Walaupun sebahagian besar gejala tersebut kemungkinan besar akan hilang dengan sendirinya, ada kalanya penyakit bawaan makanan boleh mengancam nyawa. Jadi mana baiknya untuk makan makanan yang sudah jatuh meski pun belum sampai 5 minit. Melainkan anti-body anda berada di tahap yang kuat. Tapi tidak semestinya. Apabila anda mengalami gejala keracunan makanan segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

Sumber: halodoc

0 0

About Post Author

MissBambangan

suka menulis
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleppy
Sleppy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

MissBambangan

suka menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *