Cara mudah & selamat beli iPhone terpakai

Read Time1 Minute, 49 Second

Kepada pengguna-pengguna iPhone atau iPhone lovers, dan yang baru mahu mencuba iPhone terpakai terdapat banyak cara untuk mendapatkannya.

Cuma, tahu atau tidak sahaja caranya, atau mungkin masing-masing ada cara tersendiri. Untuk yang tidak tahu, ada cara paling mudah dan selamat untuk beli iPhone terpakai yang dikongsikan di akaun Twitter milik @Xavier Naxa

Berikut merupakan langkah-langkah membeli iPhone terpakai yang dikongsi. Semoga bermanfaat.

1. Pastikan ada resit asal pembelian

Langkah pertama adalah secara peribadi jika anda ingin membeli iPhone terpakai, sila pastikan betul-betul individu yang menjual, mempunyai resit asal pembelian. Jika tiada, tanya di mana individu itu membeli iPhone tersebut.

Sekiranya Machine, boleh minta Machine cetak kembali resit. Namun, jika Celcom, Maxis atau Digi, sila lebih berhati-hati kerana iPhone tersebut mungkin telko lock sekiranya kontrak masih berjalan.

Minta penjual untuk hubungi telko tersebut untuk mengesahkan jika kontrak telah tamat. Minta penjual buat ‘loud speaker’ ketika berhubung dengan telko untuk anda mendengar perbualan mereka.

2. Semak kondisi iPhone

Sila lihat kondisi iPhone, jika ada kemek atau retak lebih baik jangan membelinya. Mengapa? Risiko kepada komponen dalaman iPhone rosak adalah sangat tinggi. Selain itu, jika iPhone kemek, Authorized Service Providers (ASP) tidak akan menerima iPhone untuk dibaiki.

3. Lakukan ujian diagnostik

Lakukan ujian diagnostik dengan ASP serta anda kenalah berkorban RM60 bagi ujian ini. Ujian ini dilakukan bagi tujuan mengesahkan bahawa iPhone tersebut berfungsi dengan baik serta bebas daripada alat ganti tiruan.

RM60 ini merupakan caj kepada ujian diagnostik. Bertanya dahulu dengan pihak ASP tentang caj bagi kepastian anda. Sudah tentu kos ini ditanggung 100% oleh anda kerana anda benar-benar mahu memastikan ia selamat untuk dibeli.

4. ASP keluarkan laporan

Apabila pihak ASP sudah keluarkan laporan dan jika iPhone tersebut mempunyai masalah, janganlah beli. Namun, jika ianya 100% berfungsi dengan baik, maka iPhone tersebut anda boleh miliki. Segala keputusan ada di tangan anda dan anda kenalah bijak menilai dan membuat keputusan.

Kesimpulannya, untuk anda mendapatkan iPhone terpakai yang terbaik, bolehlah ikuti atau amalkan kaedah ini. Langkah ini nampak cerewet dan inilah juga langkah terbaik bagi mengelakkan anda daripada menjadi mangsa.

Semakan iPhone memang boleh menggunakan kaedah 3utools. Namun, tidak digalakkan untuk menggunakannya bagi tujuan pembelian iPhone terpakai.

Sumber: Twitter

0 0

About Post Author

MissBambangan

suka menulis
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleppy
Sleppy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

MissBambangan

suka menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *