Calon isteri lari, pengantin lelaki kahwini adik mempelai wanita berusia 15 tahun

Read Time1 Minute, 7 Second

NEW DELHI: Seorang pengantin lelaki di Odisha, India, mengahwini adik kepada mempelai wanita yang baru bserusia 15 tahun.

Hal ini berlaku kerana diketahui bahawa calon isteri telah melarikan diri dengan lelaki lain yang turut diketahuii adalah kekasihnya.

Berawal pada Selasa petang yang lalu (16 Feb) di perkampungan Malpada, mempelai wanita tiba-tiba hilang menjelang beberapa minit bermulanya majlis perkahwinan mereka.

Pengantin lelaki yang berusia 26 tahun kemudian menunggu dan berharap calon isterinya itu akan segera kembali.

Namun, yang diharapkan tidak berlaku dan tidak ada tanda-tanda bahawa mempelai wanita akan pulang, maka keluarga pengantin perempuan kemudian menawarkan untuk pengantin lelaki berkahwin dengan adik calon isterinya yang baru berusia 15 tahun.

Memetik laporan dari India.com pada hari ini, keluarga pengantin perempuan bertindak demikian kerana takut akan menjadi bahan bualan oleh orang kampung.

Selesai sahaja perkahwinan antara pengantin lelaki bersama adik pengantin perempuan yang berusia 15 tahun, ketua daerah setempat dilaporkan datang dan langsung membawa anak yang berusia 15 tahun tersebut.

DIlaporkan keluarga pengantin perempuan tersebut serta pengantin lelaki dimaklumkan bahawa perkahwinan kanak-kanak dibawah usia adalah tidak dibenarkan.

Ayah pengantin perempuan kemudian memberi satu kenyataan bahawa beliau mengakui dia terpaksa memberikan anaknya yang berusia 15 tahun akibat tekanan dari rakan-rakannya.

Kini kedua keluarga pengantin bersetuju untuk tidak merayakan perkahwinan itu hingga usia anak remaja tersebut dianggap cukup untuk berumah tangga.

Sumber: KOMPAS

0 0

About Post Author

MissBambangan

suka menulis
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleppy
Sleppy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

MissBambangan

suka menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *