“Bukan untuk saya, tapi untuk NEGARA” Dr Hisham tak ambil kredit pengiktirafan

Read Time1 Minute, 40 Second

Dalam sesi sidang media COVID-19 pada 16 April 2020, sekali lagi Ketua Pengarah Kesihatan negara kita, iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menujukkan contoh yang sangat baik kepada seluruh rakyat negara Malaysia.

Beliau menjawab soalan yang diajukan oleh seorang wartawan daripada media Harian Metro dengan sangat rendah diri dan langsung tidak mengambil kredit pun atas pengiktirafan antara 3 pengarah kesihatan terbaik dunia.

Soalan yang diajukan kepada Dr Hisham adalah seperti berikut, “Apa signifikan kepada Datuk dan KKM atas pengiktirafan sebagai 3 pengarah kesihatan terbaik dunia?”

Dan berikut merupakant jawapan beliau yang sangat mengharukan dengan sifat yang lagi rendah diri. “Isu pengiktirafan, saya rasa itu pengiktirafan untuk negara kita, apa yang penting kita Kementerian Kesihatan bekerja sebagai satu pasukan dan kita memberi nasihat.”

“Yang pastinya, yang membuat keputusan bukan saya, tapi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita menasihati tapi yang membuat keputusan dan tindakan adalah Perdana Menteri” tambah beliau.

Beliau turut mengajak kita semua untuk bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua kementerian dan menteri-menteri yang datang bekerjasama untuk melaksanakan MCO ini.

Beliau memaklumkan terdapat 4 tindakan yang dilaksanakan, iaitu kawalan sempadan dimana kawalan ini dilaksanakan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga pihak Imigresen.

Seterusnya, kawalan pergerakan dimana pihak polis melaksanakan tugas dengan memastikan rakyat patuh kepada kawalan.

Pujian dan ucapan terima kasih beliau terhadap barisan keselamatan seperti PDRM, ATM semua pegawai kementerian yang memberi kerjasama tanpa mengambil kredit kepada pengikitirafan tersebut.

“Terima kasih juga kepada barisan hadapan tidak kira mereka dari pihak kesihatan, polis dan mereka yang tampil ke hadapan untuk melaksanakan.” ujar beliau.

Dan sekali lagi beliau tekankan bahawa “Pengiktirafan ini bukanlah untuk saya tetapi untuk negara.”

Ini jelas menunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa pengiktirafan tersebut lebih disandarkan kepada rakyat, barisan hadapan dan semua kementerian khususnya KKM, Perdana Menteri dan yang paling utamanya adalah pengiktirafan kepada negara Malaysia.

Betapa bertuah dan sepatutnya rakyat Malaysia perlu bersyukur kita mendapat seorang pemimpin yang begitu prihatin dan tidak mementingkan diri demi menjaga sebuah negara tercinta.

Sumber: @shukery_azizan

0 0

About Post Author

MissBambangan

suka menulis
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleppy
Sleppy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

MissBambangan

suka menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *