Bahaya! Ubah tabiat suka pinjam earphone sekarang

Read Time1 Minute, 58 Second

Seiring meningkatnya aktiviti teleconference selama pandemik, ramai orang semakin kerap menggunakan earphone. Sangat ramai dan terlalu kerap menggunakan earphone sampai seharian, bila perlu mengikuti banyak meeting online.

Sementara penggunaan earphone dalam jangksa masa yang terlalu lama ditakuti boleh memberi kesan negatif pada kesihatan telinga dan amalan saling meminjam ini turut berbahaya.

Kebiasaan ini kelihatan agak remeh dan tidak terlalu bermasalah, apalagi bila ianya berlaku di antara lingkungan rakan dan keluarga terdekat sendiri. Namun, tahukah anda bahawa amalan saling meminjam earphone kemungkinan boleh menyebabkan berlakunya penularan bakteria dan virus.

Berikut penjelasannya:

Setiap orang memiliki kotoran pada telinganya. Kotoran telinga ini merupakan cara semula jadi tubuh untuk melindungi bahagian dalam telinga dan mencegah jangkitan. Kotoran tersebut mengandungi bakteria, tapi tidak berbahaya.

Namun, penggunaan earphone ke dalam telinga boleh menangkap bakteria dan kuman yang ada pada earphone. Kelly Reynolds, PhD, pensyarah kesihatan di University Arizona menjelaskan bahawa kotoran telinga yang dikatakan tidak berbahaya boleh berkumpul pada earphone dan akan bertindak sebagai lapisan yang menangkap bakteria dan mencegahnya daripada kering, hingga bakteria dapat bertahan dan terus bertumbuh.

Sebuah penyelidikan yang diterbitkan dalam Online Jurnal of Health and Allied Sciences menunjukkan, kekerapan menggunakan earphone boleh meningkatkan jumlah bakteria pada telinga. Apabila bakteria terlalu banyak dalam telinga, ia boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman.

Selain itu, penggunaan earbud juga kadangkala boleh menyebabkan goresan dan luka pada saluran telinga, terutama ketika ia digunakan dalam jangka masa yang lama, atau tidur, atau bersenam. Luka tersebut boleh menjadi pintu masuk bagi bakteria dan menyebabkan jangkitan bahagian telinga.

Sementara itu, bayangkan jika anda sering meminjam earphone dengan orang lain. Kebiasaan ini boleh memasukkan bakteria pada telinga anda dari orang lain dan membuatkan jumlah bakteria di telinga anda menjadi semakin banyak.

Kajian dari ORL Head Neck Nursing membuktikan bahawa kemungkian bakteria berpindah dari satu orang ke orang lain sangat tinggi bila anda saling sering pinjam-meminjam earphone dengan orang lain, sehingga risiko berlakunya jangkitan telinga akan meningkat.

Selain itu, anda juga tidak tahu bagaimana tahap seseorang menjaga kebersihan telinga atau earphonenya sendiri. Penggunaan earphone yang kotor juga boleh menyebabkan rasa gatal pada bahagian telinga. Selain menjaga kesihatan dan kebersihan telinga sendiri, kebersihan dan kesihatan orang lain juga perlu diambil kira.

Demikian penjelasan mengenai kebiasaan saling meminjam earphone yang boleh memberi kesan buruk pada kesihatan. Maka itu, elakkan berkongsi barang-barang peribadi termasuklah earphone demi menjaga kebersihan serta kesihatan telinga dan seluruh tubuh badan kita.

Sumber: halodoc

0 0

About Post Author

MissBambangan

suka menulis
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleppy
Sleppy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

MissBambangan

suka menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *