Awasi 9 jenis batuk berbahaya pada kanak-kanak

Read Time2 Minute, 43 Second

Para ibu bapa, sebaiknya jangan diambil remeh akan keadaan batuk yang dialami oleh anak-anak anda. Meskipun batuk yang ringan boleh hilang dengan sendiri, tidak bermaksud anda boleh menganggap remeh akan keadaan batuk pada anak.

Apabila anak batuk dan disertai pula denan gejala-gejala lain, maka ada kemungkinan keadaan tersebut menjadi tanda dari penyakit-penyakit tertentu. Oleh itu, para ibu bapa wajib tahu tanda atau jenis batuk yang berbahaya pada anak bagi mendapatkan pencegahan awal.

Ketika anak diserang batuk, ini boleh terjadi kerana lapisan kerongkong mengalami iritasi. Ini selalu terjadi ketika anak sedang sakit atau tubuhnya melawan penyakit yang menghasilkan banyak kahak. Memetik dari Ikatan Dokter Anak Indonesia (IDAI), batuk yang dialami oleh anak umumnya merupakan tanda bahawa tubuh sedang berusaha mengeluarkan benda asing yang berada pada saluran pernafasan.

Batuk boleh hilang dengan sendiri jika rangsangan receptor penyebab batuk juga menghilang. Namun, sebaiknya ibu bapa juga perlu mengetahui beberapa tanda dari batuk yang berbahaya pada anak dengan melihat keadaannya. Berikut antara tanda-tandanya:

  • Kesukaran bernafas.
  • Tidak dapat berkomunikasi dengan baik.
  • Warna bibir dan hujung kuku berubah menjadi pucat atau kebiru-biruan.
  • Batuk diikuti dengan muntah.
  • Mengeluarkan kahak atau air liur yang terlalu banyak.
  • Anak merasa sakit pada bahagian dada atau bahagian tubuh yang lain.
  • Alami batuk berdarah.
  • Demam hingga suhu badan melebihi 38 darjah celsius.
  • Berusia di bawah 4 bulan.

JIka anak anda alami beberapa tanda seperti berikut, segera kejarkan ke hospital atau klinik berdekatan bagi tujuan pemeriksaan.

Berikut penjelasan daripda beberapa kategori batuk berbahaya

1. Batuk diikuti sesak nafas

Batuk berterusan atau batuk terlalu keras boleh membuatkan kanak-kanak sesak nafas. CIri-ciri kanak-kanak yang sesak nafas akan membuat suara tertentu ketika menarik nafas atau mengeluarkan suara yang keras ketika tidur. Anak yang sukar bernafas juga boleh dikenal pasti dengan peningkatan kelajuan pernafasan.

Faktornya adalah kerana virus yang menyebabkan radang pada kotak suara dan kerongkong. Batuk yang sampai menyebabkan sesak nafas boleh dialami kanak-kanak diusia sekitar 6 bulan sampai 3 tahun.

Ini menjadi tanda batuk yang berbahaya pada anak hingga memerlukan pertolongan segera. Ibu bapa boleh menggunakan bantuan pertama, iaitu mengajak menghirup wap air panas selama 15 hingga 20 minit. Cara ini boleh membantu menghangatkan dan membuka saluran pernafasan, seterusnya memudahkan anak untuk kembali bernafas sepeti biasa.

2. Batuk kering pada waktu malam

Ada juga keadaan batuk anak yang boleh menjadi teruk pada waktu malam atau ketika suhu udara lebih sejuk. Biasanya batuk seperti ini disebabkan oleh asma, iaitu keadaan kronik di mana saluran udara pada bahagian paru-paru menyempit dan meradang, sehingga paru-paru menghasilkan lendir. Akhirnya, timbul rasa gatal yang menyebabkan kanak-kanak ini batuk.

3. Batuk berkahak disertai demam

Jangan dipandang remeh batuk jenis ini. Hal ini kerana, batuk yang disertai dengan demam selama beberapa hari boleh membuatkan suara anak menjadi serak. Selain itu, masalah ini boleh menjadi ciri-ciri dari penyakit bronchiolitis. Ini merupakan jangkitan yang berlaku pada saluran terkecil di paru-paru. Ketika saluran ini membengkak dan penuh dengan lendir ia boleh menyebabkan kesukaran bernafas.

Maka dari itu, ketika anak alami batuk disertai demam, para ibu bapa perlu berhati-hati dan segera dapatkan pemeriksaan kerana dikhuatiri antara tanda batuk berbahaya. Masalah ini selalu terjadi ketika musim hujan dan angin sejuk. Ketahui risikonya, para ibu bapa boleh lakukan pencegahan awal.

Sekian perkongsian. Semoga bermanfaat!

Sumber: halodoc

0 0

About Post Author

MissBambangan

suka menulis
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleppy
Sleppy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

MissBambangan

suka menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *