ANJING di UK kini jadi FRONTLINERS, bertugas sebagai pengesan COVID-19

Read Time1 Minute, 0 Second

United Kingdom (UK) kini akan memulakan ujian dengan menggunakan anjing pengesan perubatan khas untuk mengesan kewujudan COVID-19 dalam badan manusia.

Anjing tersebut sudah pun dilatih oleh pertubuhan kebajikan, Medical Detection Dogs untuk mengesan beberapa jenis kanser, malaria dan penyakit Parkinson.

Fasa pertama ujian akan diketuai oleh London School of Hygiene & Tropical Medicine yang bekerjasama dengan pertubuhan kebajikan dan Universiti Durham.

Usaha ini disokong dengan bantuan dana oleh kerajaan yang berjumlah sebanyak £500,000 (RM 2.6 juta).

Menteri Inovasi, Lord Bethell turut berharap agar anjing itu dapat menyumbang kepada satu penemuan keputusan yang cepat. Ini merupakan sebahagian dari strategi saringan kerajaan.

Ujian akan meneliti anjing baka Labrador dan cocker spaniel. Sama ada anjing ini mampu atau tidak untuk mengesan virus COVID-19 dalam manusia melalui sampel bau, sebelum individu dijangkiti bergejala.

Hasilnya akan membuktikan sama ada anjing pengesan yang boleh menyaring sehingga 250 individu sejam dan ini akan digunakan sebagai salah satu kaedah amaran baru bagi mengesan COVID-19 di masa akan datang.

Latihan ujian dijangka akan mengambil masa 6 hingga 8 minggu.

Selepas tempoh percubaan selama tiga bulan, kerajaan akan putuskan bagaimana anjing ini berkesan digunakan, antaranya di pintu masuk negara atau pusat saringan.

Sumber: BBC

0 0

About Post Author

MissBambangan

suka menulis
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleppy
Sleppy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

MissBambangan

suka menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *