Amerika Syarikat AS pulangkan AS$300 juta dana 1MDB kepada Malaysia

Read Time51 Second

Dalam kenyataan media Perdana Menteri pada hari ini kerajaan mengumumkan bahawa sebanyak AS$300 juta dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dipulangkan kepada Malaysia oleh Kerajaan Amerika Syarikat (AS).

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin berkata bahawa jumlah ini merupakan dana diperoleh semula hasil daripada penyitaan aset berkaitan 1MDB dibawah inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi oleh Jabatan Keadilan (DOJ) AS.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Amerika, terutamanya kedutaan negara itu di Kuala Lumpur, atas bantuan dan kerjasama utuh dalam melancarkan pemulangan wang berjumlah AS$300 juta ini.” ucap Perdana Menteri dalam sidang media hari ini.

Beliau juga berterima kasih kepada Menteri Kewangan Malaysia dan Peguam Negara atas peranan mereka dalam proses rundingan yang berkaitan.

Beliau menambah dengan berkata ” Usaha untul mendapatkan semula aset 1MDB di seluruh dunia masih berjalan dan kerajaan akan terus bekerjasama dengan AS, DOJ dan agensi luar negara untuk membawa pulang lebih banyak aset 1MDB pada masa akan datang.”

Sumber: YAB PM Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin

0 0

About Post Author

MissBambangan

suka menulis
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleppy
Sleppy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

MissBambangan

suka menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *