Site icon TUHAU BAMBANGAN

Polisi GEG, bantu pastikan kesihatan rakyat lebih terjamin

(Tengah, Datuk Ir Shahelmey Yahya merasmikan Karnival Agenda National Malaysia Sihat (ANMS)

KOTA KINABALU: Pelaksanaan polisi Generasi Penamat atau Generation End Game (GEG) mendapat sokongan ramai dan boleh membawa negara ke arah bebas rokok pada masa akan datang.

Exco Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Ir, Shahelmey Yahya berharap agar pelaksanaan polisi GEG yang masih dalam proses perbahasan di parlimen dapat memberi hasil cukup memuaskan.

“Ianya sedang dibahas di parlimen dan kita mengharap hasil yang positif dan memuaskan serta disokong seterusnya Rang Undang-Undang (RUU) itu dapat diluluskan kerana ianya berkait rapat dengan kesihatan.

“Tujuan RUU itu diperkenalkan adalah untuk memastikan bahawa generasi penaamt itu tidak lagi akan terlibat dalam aktiviti merokok dan seterusnya akan memberi keadaan kesihatan rakyat kita dengan lebih terjamin.” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Karnival Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) di Wisma Tub Fuad Stephen, Kota Kinabalu pada Rabu lalu.

Dalam masa yang sama, beliau turut berkata, sejak pelancaran teras ANMS, iaitu National Health Screening Initiative (NHSI) pada Julai lalu, Sabah berjaya menyaring seramai 2,341 orang dan merupakan negeri yang berada di tangga pertama dalam statistik pencapaian saringan kesihatan di seluruh Malaysia.

“Sejak daripada program NHSI ini dilancarkan pada bulan Julai tahun ini dan setakat 2 Ogos, Sabah telah berjaya menyaring seramai 2,341 orang.

“Sabah antara negeri yang tertinggi membuat saringan kesihatan di Malaysia, jadi kita menyeru orang ramai yang ada berdekatan dengan wisma Tun Fuad Stephen ini untuk datang melakukan saringan kesihatan secara percuma yang bermula 3 Ogos hingga Ogos.” katanya.

Tambah beliau, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) akan turut melakukan saringan-saringan kesihatan di daerah-daerah yang ada di seluruh negeri Sabah bagi memastikan dan memoptimakan jumlah rakyat membuat saringan kesihatan.

Exit mobile version