Site icon TUHAU BAMBANGAN

“Tinggalkanlah pendapat asatizah yang meremehkan bahaya Covid-19” – Faisal Rahim

Ketika berlaku peningkatan mendadak pandemik Covid-19 di tahun 2021 ini, pasti ramai yang mencari tahu punca dan cuba untuk saling menyalahkan antara satu sama lain. Tidak kurang juga mereka yang masing-masing dalam memberi pandangan serta pendapat.

Sebelum ini peningkatan Covid-19 ada dipengaruhi dari beberapa aktiviti keagamaan, seperti contoh isu yang berlaku di Bachok yang mana aktiviti surau tetap diteruskan dengan puluhan jemaah sanggup solat dalam gelap demi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa. Kesan dari tindakan mereka ini dikatakan menjadi punca tercetusnya kluster di kawasan berkenaan hingga menyebabkan 78 individu dikesan positif Covid-19.

Faisal Rahim dalam laman Twitter berkongsi tentang pendapatnya terhadap individu-individu yang cuba meremehkan bahaya Covid-19 serta menyeru orang ramai untuk tinggalkan pendapat mereka yang secara tidak langsung sebenarnya boleh menjadi punca kepada berlakunya peningkatan kes Covid-19.

Berikut ciapan beliau dalam laman akaun Twitter miliknya yang kini sudah mendapat sukaan sebanyak 25.6K dan diulang ciap sebanyak 25.3K.

Beliau berkata, Islam adalah agama relevan sepanjang masa kerana hukumnya memahami konteks situasi semasa.

Faisal menambah, asatizah yang memandai-mandai dalam perkara ini kita tinggalkan pendapatnya. Hormat keilmuan mereka dalam bidang agama, tapi mereka juga manusia biasa dan orang awam bila masuk ke dalam bidang ini.

Tidak kurang juga komen individu yang bersetuju dengan pendapat saudara Faisal.

Oleh itu, sebagai individu yang berakal dan boleh berfikir secara waras, janganlah kita mudah terpengaruh dengan pendapat serta tindakan yang boleh membahayakan ramai nyawa manusia.

Sumber: Faisal Rahim @acaiijawe

Exit mobile version