Site icon TUHAU BAMBANGAN

Program Gegar Tradisi, suntik semangat budaya di kalangan belia – Abqaree

TUARAN: Gegar Tradisi yang dilaksanakan sempena sambutan Hari Belia Negara (HBN) bertujuan untuk menyuntik elemen budaya ke dalam aktiviti-aktiviti belia.

Presiden Majlis Belia Sabah (MBS), Abqaree Fawwaz Abekan berkata, “Gegar Tradisi hari ini diadakan untuk menyuntik atau mengamalkan elemen budaya ke dalam aktiviti atau program kebeliaan agar semangat budaya warisan bangsa kita tidak terhakis di telan zaman dan tidak dilupakan oleh anak-anak muda generasi akan datang.”

Sesuai dengan slogan INI MASA KITA, jelas menunjukkan bahawa anak muda perlu bertanggungjawab dalam memelihara budaya.

“INI MASA KITA, slogan Hari Belia Negara ini cukup jelas menunjukkan bahawa kitalah sebagai anak muda yang harus bertanggungjawab dalam memikul amanah, mempertahankan serta memelihara budaya dan bangsa kita.” ulasnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Program Gegar Tradisi sempena sambutan HBN yang berlangsung di Kompleks Daerah Tuaran.

Seramai, sepuluh kumpulan tarian dan sepuluh kumpulan muzik telah menyertai pertandingan Gegar Tradisi ini.

Exit mobile version