Site icon TUHAU BAMBANGAN

MBS bantu naik taraf lebih 10,000 usahawan baru, dari Enterprise ke Sdn Bhd

KOTA KINABALU: Majlis Belia Sabah (MBS) bersama-sama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menandatangani Memorandum of Understanding (MOU) atau persefahaman dengan Syarikat Dahlia.

Objektif utama bagi persefahaman ini adalah untuk melahirkan lebih 10,000 usahawan baru dengan anggaran peruntukan sebanyak RM3.0 juta.

Presiden Majlis Belia Sabah, Abqaree Fawwaz Abekan berkata, dengan melalui satu program, mereka akan bantu menaik taraf syarikat ENTERPRISE kepada SDN BHD.

“Kita akan cuba melahirkan atau cuba menaik taraf beberapa syarikat Enterprise kepada Sdn Bhd melalui program-program yang telah drancang oleh syarikat Dahlia Sentosa itu sendiri.

“Kita sasarkan dalam dua hingga ketiga tahun hadapan ini kita boleh melahirkan lebih 10,000 usahawan baru.” Katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menandatangani MOU dalam Majlis Makan Malam Bersama Pimpinan Belia Malaysia di Sabah International Convention Centre (SICC).

Dalam masa yang sama, Abqaree menyambut baik serta meraikan kedatangan wakil belia dari Semenanjung untuk bersama-sama menyambut Hari Belia Negara yang berlangsung di Pekan Tuaran, Sabah.

Exit mobile version