Site icon TUHAU BAMBANGAN

Sudah 7 hari belum ada tanda, dimana baby Jude Angel?

BEAUFORT: Dimana adik Jude Angel? Bayi berusia 18 bulan yang hilang dari rumah sejak 7 hari yang lalu masih dengan tanda tanya, malah sampai ke hari ini belum ditemui.

Jude Angel dikhuatiri hilang selepas dipercayai keluar dari rumah dalam kejadian di Kampung Batu 66, Beaufort pada 9 Julai lalu.

Kehilangan Jude Angel disedari neneknya kira-kira jam 8.30 pagi setelah mendapati pintu rumah terbuka dan mangsa tidak ditemui di sekitar kawaan rumah.

Memasuki hari ketujuh, operasi pencarian adik Jude Angel masih diteruskan oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta orang kampung.

Pasukan penyelamat semalam mengakui masih belum menemui sebarang petunjuk sama ada Jude Angel hilang, disembunyikan (alam ghaib) atau melibatkan jenayah penculikan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat, Mohammad Hasbullah Nenggok berkata, “Setakat ini kami belum menemui sebarang petanda atau petunjuk lokasi adik Jude Angel. Kami masih mencari secara rambang dan logik. Kami juga mengalu-alukan bantuan daripada (pakar) menerusi spiritual, yang boleh berkomunikasi dengan alam lain. Kami tidak menolak.”

Keadaan hujan, angin kuat dan sungai deras antara cabaran yang ditempuhi oleh petugas dan orang kampung yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Sumber: msn

Exit mobile version