Site icon TUHAU BAMBANGAN

Presiden MBS kagum, semangat anak muda hayati filem Mat Kilau

KOTA KINABALU: Belia sambut baik program Santai Belia Bersama Yang Amat Berhormat (YAB) Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor.

Presiden Majlis Belia Sabah (MBS) Abqaree Fawwaz Abekan berkata, bahawa pihaknya sangat berbesar hati menganjurkan program santai seperti ini.

“Memandangkan sambutan Hari Belia Negara tidak lama lagi, maka wajar dan relevenlah untuk ada program-program seperti ini.

“Program seperti ini, kelihatan santai namun terdapat makna tertentu dan pastinya yang utama belia dapat merasa sangat dekat dengan pemimpin.” Katanya.

Tambah Abqaree matlamat MBS melalui program seperti ini, adalah untuk belia faham konsep serta pesan-pesan yang tersirat yang ada pada filem ini supaya dapat diterapkan ke dalam diri masing-masing.

Abqaree turut berterima kasih kepada Ketua Menteri atas kesudian beliau meluangkan masa bersama anak muda menonton filem Mat Kilau.

Ucapan tahniah juga diajukan kepada penggiat filem Sabah, saudara Marc Abas kerana berjaya menghasilkan satu lagi filem tempatan yang mengangkat kisah pengorbanan dalam peristiwa Pemberontakan Jesselton pada 1943 yang akan mula ditayangkan di pawagam bermula 16 September 2022.

Program merupakan anjuran bersama Majlis belia Sabah (MBS), Gabungan Belia pantai Barat Selatan, Gabungan Persatuan Belia Pedalaman Bawah serta kerjasama dengan Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) berlangsung di Green Screen Cinema (GSC) Suria Sabah pada 13 Julai.

Exit mobile version