Site icon TUHAU BAMBANGAN

PKP 3.0 DIPERKETATKAN LAGI, tunggu esok untuk pengumuman

sumber gambar : Bloomberg

Telah dimaklumkan bahawa Kerajaan akan memperketatkan lagi Perintah Kawalah Pergerakan 3.0 yang masih berkuatkuasa sekarang dengan sektor ekonomi dan sosial diperketatkan lagi. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah mempengurusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada petang hari ini telah sebulat suara melakukan keputusan itu, dimana situasi semasa penularan Wabak Covid-19 semakin merunsingkan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membentangkan status kes Covid-19 yang terkini berkenaan keadaan kesihatan setiap negeri termasuk kadar jangkitan virus tersebut dan sekaligus mencadangkan tindakan mengawal penularan wabak ini.

“Penularan dalam komuniti yang semakin meningkat dan kewujudan varian baharu yang lebih agresif dengan kadar kebolehjangkitan tinggi menyebabkan usaha untuk melandaikan lengkung jangkitan mengambil masa yang lebih panjang,” katanya.

“Sidang khas ini turut membabitkan kerajaan negeri bagi mengambil kira situasi semasa di negeri masing-masing serta pandangan mereka terhadap usaha untuk mengekang penularan Covid-19.

“Perincian mengenai sekatan tambahan ini akan diumumkan dalam sidang media Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob pada 22 Mei ini (esok),” menurut kata beliau.

Setelah mengambil kira perbincangan dalam sidang khas hari ini, mesyuarat telah sebulat suara bersetuju mengetatkan lagi pelaksanaan PKP 3.0 yang sedang berkuat kuasa dengan penambahan sekatan lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial.

Exit mobile version