Site icon TUHAU BAMBANGAN

MARA jaga aset luar negara, elak dari sasaran dirampas kesultanan Sulu

PENAMPANG: Majlis Amanah Rakyat (MARA) memastikan pegawainya untuk ambil langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan aset di luar negara dijadikan sasaran waris Kesultanan Sulu.

Pengerusi MARA, Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun mengakui bahawa MARA mempunyai aset di luar negara selain aset di bawah MARA Incroporated Sdn Bhd (MARA Inc).

Katanya, pihak MARA sentiasa memantau perkembangan tersebut memandangkan, MARA memiliki beberapa aset di luar negara.

“Ini perkara yang baru kita dapat tahu (rampasan aset Petronas oleh waris kesultanan Sulu), kita akan memastikan pegawai kita atau wakil di luar negara menjaga aset. Kita akan rujuk peguam untuk kita lihat perkembangan ini,” ulasnya kepada media selepas merasmikan Outlet Canggih Go di Kepayan di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas berkenaan kemungkinan aset MARA di luar negara bakal jadi sasaran rampasan oleh wakil waris Kesultanan Sulu selepas tindakan mereka merampas aset milik dua anak syarikat Petroleum Nasional Bhd (PETRONAS) yang dianggarkan bernilai RM8.87 billion di Azerbaijan.

Petronas dalam kenyataan malam Selasa mengesahkan kedua-dua anak syarikatnya, Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) S.à r.l. dan Petronas South Caucasus S.à r.l. seperti yang dilaporkan dirampas waris kesultanan Sulu, menerima notis ‘Saisie-arret’ pada Isnin.

Exit mobile version