Site icon TUHAU BAMBANGAN

Mayat lelaki dijumpai di Sungai Padas

TENOM: Seorang mayat lelaki akhirnya dijumpai dalam operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pada hari ke – 5.

Ketua Balai Bomba dan penyelamat (BBP) Tenom Zainal Sinsian berkata, mangsa yang hilang pada Sabtu lalu ditemukan lemas oleh pasukan SAR kira-kira jam 1.30 petang.

“Mangsa ditemukan oleh pasukan bomba dan orang kmapung serta pasukan SAR dari agensi lain di kawasan enam kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia yang kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya.

Terdahulu, seorang lelaki dilaporkan hilang semasa meneyebrangi sungai untuk menjalankan aktiviti menjala ikan di Sungai Padas Panawan Kuala Tomani, Tenom.

Exit mobile version