Site icon TUHAU BAMBANGAN

Board buka sudah kan. Bah, ketahui tips keselamatan sebelum keluar melancong!

Pergi melancong memang menyeronokkan, tapi jika kita tidak berhati-hati ‘mood’ bercuti boleh rosak.

Semestinya ramai kita yang tidak mahu berlaku sebarang kejadian seperti dicopet atau terlibat dengan kemalangan semasa sedang seronok bercuti kan.

Oleh itu, sebelum pergi bercuti adalah amat digalakkan untuk mengambil berat tentang aspek keselamatan diri, supaya plan percutian kita tidak rosak. Terutama kepada mereka first time.

Jom tengok antara tips keselamatan yang perlu kita ketahui.

1. Ambil polisi insurans

Kenapa penting ambil polisi insurans sebelum pergi melancong? Sebab, kos perubatan di luar negara agak tinggi. Terutama kepada anda yang ingin melancong ke negara Eropah. Kos perubatan di sana sangatlah mahal. Boleh jimat kalau-kalau jatuh sakit semasa melancong kan.

2. Awasi sekeliling kita

Jangan terlalu excited dan awasi sekeliling kita. Jangan mudah percaya sama orang asing yang tiba-tiba datang dengan kita. Tidak perlu rajin layan orang yang mahu berbual dengan kita. Tiada makna, kita datang untuk melancong dan bukan untuk bercerita. Oh ya, selain mengawasi sekeliling, awasi jugalah barang kita setiap masa tertuama bila berada di tempat awam.

3. Bawa salinan kad pengenalan (IC) & passport

Kenapa perlu bawa dua benda ni? Sebab, in case klalau berlaku sesuatu seperti kecurian maka salinan IC dan passport ini boleh kita jadikan bukti bahawa kita adalah pelancong yang masuk secara sah dan bukannya pendatang haram. Atau jika tidak mahu berlaku kehilangan, tinggalkan passport dalam safety box di bilik hotel.

4. Barang penting simpan dalam pakaian yang kita guna

Barang-barang penting seperti passport, duit, kredit kad, atm kad harus disimpan dalam pakaian yang kita guna dan jangan simpan di dalam beg sandang belakang.

5. Jangan simpan duit di satu tempat sahaja

Sebaiknya bahagi-bahagikan di pelbagai tempat. Contoh, dalam poket jaket sebelah dalam dan luar, dalam kasut atau di mana-mana tempat yang lebih selamat. Sekurang-kurangnya jika berlaku kecurian, kita masih ada duit back up.

6. Kenal pasti kedutaan Malaysia

Simpan dan catit nombor telefon kedutaan Malaysia di luar negara.

7. Tidak perlu menunjuk memakai pakaian berjenama mahal ‘head to toe’ atau bawa beg tangan mahal kerana ini menarik perhatian para penyamun.

8. Jika ada barang berharga, simpan dalam bilik hotel kemudian letakkan label pintu ‘do not disturb‘ di pintu bilik hotel.

9. Hati-hati ketika naik pengangkutan awam seperti bas, train, tram dan ketika berada di airport kerana ini adalah tempat-tempat hotspot selalu berlaku picked pocket.

10. Jangan pinjamkan telefon bimbit kita kepada orang yang tidak dikenali. Jika ada yang meminta, cakap kita tiada telefon, tiada kredit atau tunjukkan dia telefon awam.

11. Jangan layan orang yang mahu menukar duit kecil dengan anda. Mereka boleh tukar di kedai runcit!

Sekian perkongsian. Semoga bermanfaat!

Sumber: gempak

Exit mobile version