Site icon TUHAU BAMBANGAN

5 barang tepat untuk deco ruang tamu bersaiz kecil

Ruang tamu yang kecil tidak bermaksud tidak boleh kelihatan cantik. Ruangan ini tetap anda boleh hias dan membuatkan tetamu yang datang merasa selesa.

Caranya adalah dengan menggunakan barang-barang tepat dan menyusunnya dengan tepat juga. Agar ruang tamu kecil anda tidak kelihatan sempit. Berikut adalah antara 5 barang yang boleh anda gunakan untuk mencantikkan ruang tamu kecil anda;

1. Sofa berkaki rendah atau tanpa kaki

Sofa merupakan barang atau perabot utama di ruang tamu. Sofat turut memiliki pengaruh besar terhadap penampilan dan keselesaan ruang tamu. Maka, anda perlu mempertimbangkan model serta pilihan sofa yang tepat untuk ruang tamu anda sebelum membelinya.

Untuk ruang tamu yang bersaiz kecil dan comel, sofa berkaki rendah atau tanpa kaki merupakan pilihan yang paling tepat. Dengan menggunakan sofa ini, ruang tamu anda yang kecil tidak akan terasa sempit. Beberapa bantal dengan warna yang lebih gelap boleh dijadikan item tambahan dekorasi.

2. Meja kopi

Selain sofa, meja juga menjadi barang penting yang ada di ruang tamu. Kehadirannya turut memberi impak besar pada ruangan. Layaknya sofa, pemilihan meja bagi ruang tamu juga perlu diperhatikan. Jika anda memilih meja besar, tentunya memakan ruang dan membuatkan ruang tamu kecil anda terasa lebih sempit.

Penggunaan meja kopi akan jauh lebih sesuai dibandingkan dengan meja besar. Ketika anda menginginkan ruang yang lebih luas, mudah untuk anda alihkan meja kopi tersebut dari ruang tamu. Ada banyak pilihan meja kopi dengan bentuk unik yang membuatkan item ini terlihat menarik. Boleh cuba cari.

3. Dekorasi dinding

Agar ruangan kelihatan menarik, maka dekorasi atau hiasan dinding sangat diperlukan. Dinding merupakan media yang paling tepat untuk dekorasi. Memanfaatkan dinding tidak akan memakan ruang, malah amat sesuai untuk ruang keluarga yang kecil.

Terdapat banyak dekorasi yang boleh dipilih untuk membuat ruang tamu kelihatan comel dan menarik, seperti gambar, lukisan, patung bahkan piring-piring unik yang juga sangat sesuai diaplikasikan. Boleh memperlihatkan ruang tamu yang tampak berseni.

4. Karpet

Karpet merupakan item tambahan yang boleh digunakan untuk mencantikkan lagi ruang tamu anda. Namun, pada ruangan yang sempit, fungsi dan kesan penggunaan karpet menjadi sangat besar. Oleh itu, menggunakan karpet di ruang yang kecil adalah penting. Dengan adanya karpet pada ruang tamu berukuran kecil akan memberikan ilusi agar ruang tamu kelihatan lebih luas.

Selain itu, suasana hangat juga hadir dan membuatkan ruangan ini terasa lebih selesa. Pilih karpet dengan warna-warna cerah natural seperti putih, kelabu dan warna -warna krim. Jika menginginkan karpet bermotif, boleh cuba pilih karper dengan motif yang simple.

5. TV LED bergantung

Televisyen (TV) merupakan item tambahan yang boleh digunakan. Dengan kehadiran TV ini ia boleh menjadikan ruang tamu anda sebagai tempat yang paling selesa. Di ruangan ini anda boleh menonton TV sambil menyantap makanan-makanan ringan bersama orang tersayang.

TV LED bergantung merupakan pilihan tepat untuk ruang tamu kecil. Anda hanya perlu memastikan bahawa dinding pada ruang tamu adalah kosong. Tidak perlu susah-susah cari meja TV lagi.

Sekian perkongsian, semoga bermanfaat!

Sumber: kompas

Exit mobile version