Site icon TUHAU BAMBANGAN

5 Zodiak kuat curang, berani main api, pengkhianat & lebih teruk dari Mas Aris di Layangan Putus

Kebiasaannya bagi sesetengah orang, zodiak boleh dijadikan salah satu acuan dalam membuat penilaian terhadap perangai manusia, salah satunya adalah perangai yang suka curang. Siapa agaknya yang termasuk zodiaknya suka curang dalam hubungan asmara.

Walaupun pada umumnya curang didasari oleh pelbagai alasan, seperti bosan, hubungan seks yang tidak terpenuhi, tetap sahaja semua alasan ini tidak boleh dibenarkan. Apa pun alasan, curang merupakan tindakan yang jelas menyakiti pasangan.

Memetik suara, berikut 5 zodiak yang dikenal pasti suka curang berdasarkan kajian melalui Illicit Encounters;

Cancer

Zodiak pertama yang diketahui suka curang adalah Cancer. Ini mungkin sedikit mengejutkan kerana selama ini zodiak Cancer dikenali sifatnya sebagai seorang yang setia dan bertanggungjawab pada komitmen yang telah dipersetujui sesama pasangan.

Meski begitu, mereka memang dikenali pintar dalam menarik perhatian orang di sekitarnya. Cancer mendapat tempat kelima dengan jumlah undian 9%.

Taurus

Berdasarkan kajian pengguna Illicit Encounters, Taurus berada di kedudukan nombor empat dengan angka 11%.

Taurus turut dikenali sebagai zodiak yang mendahulukan kesenangan dan mungkin salah satu dengan mendapat kasih sayang dari orang lain walaupun sudah memiliki pasangan.

Capricon

Tempat ketiga dalam ujian tentang zodiak suka curang dipegang oleh Capricon dengan perolehan 12%.

Salah satu sifat Capricon adalah suka menyusahkan. Mungkin ini salah satu alasan mengapa beberapa Capricon memilih unttuk mengkhianati pasangannya.

Gemini

Menurut dari tinjauan pendapat, tidak hairanlah Gemini menduduki tempat kedua dalam urutan zodiak yang suka curang dengan nilai 14%. Kenyataan ini sudah pasti tidak terlepas dari persona Gemini yang berfikiran cetek, tidak matang dan talam dua muka.

Selain itu, Gemini juga sangat suka dengan kebebasan dan fleksibiliti dalam kehidupan mereka untuk mencipta kebahagiaan. Sayangnya Gemini juga pintar dalam berahsia, termasuk mencurangi pasangan.

Libra

Zodiak Libra inilah yang menduduki tempat pertama bagi zodiak yang dikenali suka curang dengan nilai 16%. Libra turut dikenali sebagai salah satu zodiak yang memiliki kuasa memikat tinggi untuk menggoda seseorang.

Meski Libra merasa bersalah kerana mengkhianati pasangannya, mereka juga merupakan pakar dalam menyembunyikan simpanannya. Itulah mengapa mereka termasuk dalam golongan zodiak yang suka curang.

Demikian 5 zodiak yang memiliki potensi besar untuk curang atau selingkuh.Namun, semua itu berbalik kepada peribadi masing-masing dan bagaimana mereka mahu menghargai pasangan atau tidak.

Demikian perkongsian. Semoga bermanfaat!

Sumber: suara

Exit mobile version