Site icon TUHAU BAMBANGAN

Simple, Tapi Top 5 Pembelian NFT Termahal Di Dunia

Non Fungible Token (NFT) sudah bertapak di platform digital sejak tahun 2014 . Dan pada awal tahun 2021 NFT ini dilihat masih belum menjadi perbualan umum.

Namun begitu, NFT kemudian menjadi popular setelah CEO Twitter, Jack Dorsey menjual tweet pertamanya di NFT dengan harga 2,9 juta dollar AS.

Di Indonesia seorang pemuda, Ghozali mungkin menjadi pemilik produk NFT termahal di negaranya. Hal ini kerana Ghozali kini menjadi sebutan di seluruh dunia yang mana beliau berupaya menjual sejumlah gambar selfienya berasaskan NFT di platform OpenSea.

Meskipun begitu, masih ada produk NFT lain yang mahal di dunia ini.

Pembelian NFT mula melonjak di pertengahan 2021. Harga produk termahal NFT kini dilihat mencapai jumlah keuntungan hingga trilion.

Ketahui Top 5 pembelian NFT termahal di tahun 2021;

1. The Merge oleh Pak

The Merge menjadi penjualan NFT termahal sepanjang 2021 kerana boleh terjual dengan harga sehingga 91,8 juta dollar AS. (RM384,412,500).

Pencipta karya seni ini, iaitu Pak cukup terkenal di arena NFT kerana mampu membuat beberapa karya seni yang paling ikonik.

2. Everydays: The First 5000 Days oleh Beeple

Beeple menjadi terkenal setelah melelong karya bersejarahnya yang bertajuk The First 5000 Days di NFT. Karya ini merupakan sebuah imej digital yang dikolajkan dan dicipta oleh Mike Winklemann dari 2007 hingga 2020.

Setelah dilelong kerya ini akhirnya dibeli oleh Vignesh Sundaresan atau MetaKovan dengan harga 69,3 juta dollar AS. (RM290,263,050).

Jualan karya ini merupakan penjualan NFT termahal yang pernah dibuat oleh seorang pengkarya seni yang masih hidup. Penjualan ini sekaligus telah berjaya memperkenalkan NFT kepada dunia secara global.

3. Human One oleh Beeple

Jualan ketiga ini juga merupakan karya daripada orang yang sama, iaitu Beeple. Karya ini mempersembahkan seorang angkasawan yang kelihatan seolah-olah selamanya berjalan melalui dunia yang berjerebu.

Yang menariknya karya ini adalah, karya ini merupakan karya pertama yang menggunakan metaverse. Metaverse merupakan sebuah potret bergerak yang menunjukkan imej manusia.

Karya ini terjual pada November 2021 dengan harga 28,9 juta dollar AS (RM121,062,100).

4. CryptoPunk #752 oleh Larva Labs

NFT termahal ini merupakan salah satu avatar diigtal yang dicipta secara unik oleh dua pengembang asal Kanada. CryptoPunk #752 terjual dengan harga 11,75 juta dollar AS (RM49,219,575).

Setakat ini terdapat 1000 CryptoPunk yang dicipta mengikut data sejak Jun 2017. Namun, CryptoPunk #752 dipercayai Crypto yang paling jarang ditemui dan menjadi salah satu karya digital paling ikonik.

5. CryptoPunk #3100 oleh Larva Labs

Karya yang berwajah avatar digital ini dijual dengan harga 7,58 juta dollar AS (RM31,751,8662) pada 11 Mac 2021.

Sebelumnya karya ini pernah terjual dengan harga yang sangat rendah, iaitu 76 dollar (RM318.36) sahaja.

Demikian lima pembelian termahal NFT di dunia yang pernah dijual sepanjang tahun 2021. Tahun ini mungkin akan muncul NFT baru yang mungkin boleh dijual dengan harga yang lebih mahal berbanding tahun lepas.

Sekian perkongsian. Semoga bermanfaat!

Sumber: kompas

Exit mobile version