Site icon TUHAU BAMBANGAN

Remaja maut ketika pura-pura bunuh diri demi content Tik Tok

Gambar Hiasan

PAKISTAN – Remaja Pakistan maut ketika berpura-pura bunuh diri dengan mengacukan pistol ke arah kepalanya sendiri. Aksi ini dirakam sendiri oleh rakan si maut bagi tujuan content TikTok.

Menurut polis tempatan, pada Khamis lalu Hamidullah, 19 tahun merupakan seorang yang terkenal secara tempatan di media sosial.

Hamidullah pada ketika itu, membawa pistol rakannya. Remaja ini kemudian bertindak mengarahkan pistol ke kepalanya dan menarik picu pistol tersebut. Dilaporkan, tidak ada yang menyedari bahawa pistol tersebut sebenarnya berisi peluru.

“Remaja itu maut di tempat kejadian”, kata Badshah Hazrat yang merupakan seorang anggota polis di barat laut Swat Valley.

Begitupun, video insiden itu tidak diunggah ke TikTok, namun pihak polis mengatakan bahawa rakan-rakan si maut telah menyebarkan video tersebut sesama mereka, hingga kemudiannya menjadi tular.

Remaja yang maut itu dinyatakan seorang yang terkenal secara tempatan dan akaun TikToknya aktif hingga memiliki lebih dari 8,000 pengikut serta mengunggah hampir 600 klip video TikTok.

Kematian remaja ini merupakan salah satu insiden terbaru yang berakibat dari penggunaan media sosial yang bermasalah di Pakistan.

Sebelum ini, seorang pengawal keselamatan maut di Karachi pada tahun 2020, ketika bermain dengan senapang sambil merakam aksi bermainnya di TikTok.

Sumber: kompas

Exit mobile version