Site icon TUHAU BAMBANGAN

Gempa masa exam, pelajar ini malah ambil dan tiru kertas jawapan rakan

Banyak kejadian tidak dijangka berlaku semasa gempa bumi, dan kisah yang dikongsi oleh pengguna Twitter ini turut tidak terkecuali.

Ketika gempa bumi berlaku, daripada menyelamatkan diri, seorang pelajar telah ditangkap mengambil kertas jawapan milik rakannya yang pintar.

Kisah ini ditulis oleh seorang netizen di laman Twitternya, iaitu @liaabaskoro pada Sabtu lalu, (15 Januari).

Menerusi akaun Twitternya, penulis menceritakan kejadian yang tidak dapat dilupakan apabila gempa bumi berlaku di kawasannya.

Menurut ciapannya, gempa bumi itu berlaku ketika dia dan rakan-rakannya sedang menjalani Peperiksaan Semester Akhir (UAS).

Pengawas peperiksaan yang panik segera berlari dahulu diikuti pelajar yang turut bergegas menyelamatkan diri.

Namun, ada seorang pelajar yang kelihatan santai bersahaja. Apa tidaknya, dia sebenarnya berlari perlahan sambil membawa kertas jawapan peperiksaan bersama pensel.

Dia turut mengambil kertas jawapan peperiksaan milik pelajar yang selalu mendapat ranking pertama kemudian pelajar itu segera memadankan jawapannya dengan jawapan pelajar yang pintar.

“Pernah kejadian juga gempa pas UAS. Pengawas lari duluan, teman-teman juga lari, ada 1 temanku, larinya pelan, bawa LJU-nya dan pensil, udah gitu sambil mengambil LJU peserta yang biasanya ranking 1, dicocokin sama jawaban dia dong,” tweet si penulis dalam laman Twitternya.

Melihat kelakuan rakannya itu, sambil bergegas keluar, penulis tidak dapat menahan ketawa.

Namun, apabila sampai di kawasan tempat pelajar berkumpul, penulis tidak menemui rakannya itu.

Penulis kemudian kembali ke kelas dan melihat rakannya masih berada dalam kelas. Dengan selamba, rakannya meniru jawapan pelajar pintar itu. Tidak itu sahaja, dia turut mempelawa penulis untuk turut serta meniru.

“Saya yang seruangan sampai haus ketawa. Pas sampai lapangan kok enggak ada tuh bocah, aku cari lagi di depan kelas, masih mencocokkan jawaban dong. Ya Allah mana menawarkan, ‘Sini sekalian enggak?'” tweetnya.

Tidak lama kemudian, tweet ini kemudian dibanjiri komen oleh para netizen. Berikut antara komen netizen;

“Pintar memanfaatkan kesempatan ini,” tulis @Ollate4.

“Sangat berwawasan sekali,” ujar @oleng098.

Sumber: suara.com

Exit mobile version