Site icon TUHAU BAMBANGAN

Masuk ke Sabah tidak perlu kelulusan kerajaan negeri & PDRM bermula esok

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Sabah semalam telah memutuskan bahawa tiada lagi keperluan mendapatkan kelulusan kemasukan daripada kerajaan negeri Sabah dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mereka yang bukan berasal dari Sabah bermula Isnin ini, 1 November.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Masidi Manjun berkata, sehubungan itu hanya dua syarat yang perlu dipatuhi bagi kemasukan ke Sabah, iaitu lengkap menerima vaksin Covid-19 dan keputusan ujian saringan Rapid Test Kit (RTK) negatif.

Beliau turut berkata langkah berkenaan diambil selaras dengan keputusan kerajaan negeri membenarkan rentas negeri bermula Isnin depan.

“Kemas kini SOP akan diumumkan kemudian,” terang Masidi dalam satu kenyataan beliau semalam.

Pada 13 Oktober yang lalu, Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor dilaporkan berkata bahawa kerajaan negeri bersetuju membenarkan rentas negeri yang akan mula berkuat kuasa pada esok.

Kemasukan ke Sabah yang meliputi lawatan sosial dan pelancongan adalah dibenarkan dengan beberapa syarat.

Sumber: JPBCS

Exit mobile version